30.10.09

Morfinis

Ibarat
Obat manjur
Meresap terus dalam otak
Ta' bisa sedar.

Morfinis
Terus-terus dibius
Dan
Kaku.

Kamu ibarat kethamin
Sejuk seperti ice
Biru bak shabu
Pengganja itu

Adalah aku
Yang menggilakan kamu.

Di...

Disitu
Aku pernah berdiri

Disana
Aku pernah berlari

Disini
Aku terus menunggu


Kamu.

29.10.09

Tolong!

Tolong!
Ingati aku
Walau hati separuh waktu
Bahawa
Aku adalah perempuan itu
Yang digauli
Tanpa ghairah dihati.

Gu

Aku
Kerna terlalu taksub sama kamu
Keliru dengan mahu dan perlu
Cinta dan nafsu
Melulu.

Ta' pernah tahu
Kamu
Digantikan dengan seekor haiwan berbulu
Yang sedang meliuk dikakiku

Kamu dan aku
Ta' mungkin bersatu
Kerna kita tak se'gu.

Pesanan Ringkas

Ringkas sahaja
Pada mereka-mereka yang mungkin akan datang
Pada bila-bila masa..esok..lusa atau mungkin sebentar nanti
Ta' perlu berdulang hati nyamuk
Cukup sekadar bisa mengobat hati remuk.

Jika ta' mampu..sila pergi
Jangan pernah ada hasrat untuk merapati.

Kadang.

Terkadang kuat sekeras batu
Terkadang rapuh dek semacam tauhu

Mudah keliru
Dengan mahu dan perlu

Ta' pernah tetap dengan satu
Semacam berganti baju

Terkadang sendiri keliru
Dengan nafsu itu.

Terkadang logik akal ta' menentu
Kabur hala yang mahu dituju.

Yang biru jadi ungu
Kelabu terus dan makin kelabu


27.10.09

Anjungan itu tiba-tiba rebah
Tersungkur jatuh
Ramai yang berteriakan
Tetapi tiada bunyi

Datangnya kau
Perginya kau
Munculnya kau
Hilangnya kau
Bikin aku resah

Tik tok tik tok
Semacam ada bunyi
Detak - detik
Tetapi semua semacam terhenti


Resah terus menunggu kau muncul kembali.


26.10.09

Teringin V

Bosan dengan kata pedih
Lelah dengan puisi sedih
Muak dengan aksara sadis
Sampai bila mau merintih?

Teringin
Pada suatu masa di hadapan
Esok-esok
Atau mungkin sebentar nanti

Bisa nyanyi
Puisi gembira yang tiada lagi nangis
Turun sabda-sabda suka
Yang berbunga merah menyala.

Moga dikuak pintu dilangit

Amin.

Koma

Ketika detik kaku nak bersuara
Hilang upaya mengeja kata
Tatkala keberadaan didepan muka
Koma tiba-tiba

Ta' upaya nak bertentang mata
Hilang berani yang seribu daya
Terus-terus terkesima
Dalam tutur hilang kata

Meranggaskah jiwa bila suara meraba telinga
Intonasi menyumbang nada
Menyalak kecewa menyesak dada
Nekad membuang duka
Senyum dulu pemanis jiwa
Kini pembuat duka!

Ta' perlu ferrari
Atau sepatu gucci
Cukup benar jika ada hati
Yang merahnya memberahi
Tuk aku hingga..


Kita mati.

p/s: Tetapi duit itu perlu untuk beli sekeping roti.

25.10.09

Izinkan (jika bisa)

Izinkan (jika bisa)
Mentari merah lagi
Bintang berkelip seri
Cinta terus berahi
Sayang penuh di hati
Aku..kamu..kita dan kami
Sampai mati.

Izinkan (jika bisa)

23.10.09

Teringin IV

Teringin
Menjadi wajah yang ingin kau dekap
Menjadi sentuh yang kau nikmat
Menjadi fantasi tiap mimpi
Begitu juga surealis dalam realiti

Teringin Kau
Menginginkan aku
Menggilai aku
Memuja aku
Menbayangkan aku
Merasa kan aku

Teringin
Menjadi matamu yang redup
Menjadi sebahagian merah bibir itu
Serapat dengan jasadmu

Teringin
Kau menginginkan aku
Seperti aku.

Teringin menjadi segala-gala
Tiada satu pun yang ta' ingin
Teringin.

21.10.09

1 Augustus Yang Tertanggal

Tanggal 1
Kau dekap erat aku
Dalam berahi biru
Aku terkaku malu

Kerna begitu mendambakanmu
Aku biarkan sahaja begitu.
Esok bila berganti sudah waktu
Kau tinggalkan aku termangu-mangu

Hilang terus daya itu
Rupanya di tanggal 1
Pada bulan augustus
Kasih tercarik seribu.

Aku perempuan yang berhati ungu
Berubah menjadi batu.

Lena

Tidur lah tidur
Lena terus dalam rangkus
Kenyang melapah raut
Tiba-tiba bertandang tanya bersahut

Adakah mungkin kau rusuk itu
Yang dicipta untuk melengkapi sokong ku?

Terjaga dari mimpi
Kau bukan lelaki
Yang dipasangkan oleh Maha Bestari

Lenamu bukan untukku
Rangkulku ta' senikmat dahulu
Cintamu ta' sehangat rindu
Siapakah kamu?

Kamu mungkin bukan untukku
Tapi hadir kamu disitu
Berjaya mengkakukan aku

Datang bertamu
Hanya kerna nafsu.
Nafsu
Dan nafsu
Bukan kerna mau hatiku

Ta' pernah tahu
Ta' mungkin jemu
Tapi terus menunggu
Di perhentian itu

Sila nanti jemput aku.

Penat

Penat tuk memasang harap
Pada wajah yang ingin ku dekap
Dengan super ego yang berbaki
Dalam berani yang menikus
Omongan ini perlu hapus
Ta' perlu menjadi rakus
Kerna masih ada satu untuk mengisi haus.

16.10.09

Debris (Runtuhan)

Percaya
Pada makhluk berakal 9
Kini lenyap
Dalam runtuhan bangunan
Yang di landa tsunami.

Teringin III

Kau senyum manis
Tapi aku teringin nak mencarik

Kau jeling manja
Tapi aku teringin nak butakan sahaja

Kau mungkin bahagia
Tapi aku tahu ta' kan lama

Kerna tuhan peka
Dengan apa yang kau reka

Luka ini akan terus-terus bersenggama
Dengan dendam kesumat yang membaja.

Teringin II

Pemetakan kali ini
Diharap mudah
Ta' perlu susunatur
Aksara tiada huruf

Tapi penuh nada dan rima
Aku teringin membunuh dia
Tikam dalam-dalam depan dan belakang
Mati terus begitu sahaja.

Pembunuh bersiri
Cita-cita untuk hari ini.

15.10.09

Ten_ang

Da_mai
Sun_yi
Ten_ang
Gemb_ira
Ki_ta

Tapi
Lohong ditengah
Minta diisi
Dengan L.O.V.E

Yang pasti
Kali ini maunya
Harus sebati
Harus cocok
Harus selamanya.

Tidak mau..sebentar semacam dulu
Kali ini pengin ia lama-lama.

Setia pada aku!

14.10.09

Modus Operandi

Sama.
Serupa.
Taktik lama.
Guna rasa.
Usik jiwa
Konon peka.
Pada cinta.
Bawa bahgia.
Tapi dusta!

Mendekat dengan secangkir duka.
Pahit mencuka-cuka.
Hilang nikmat berbunga.
Berduka hiba.
Kerna maling durjana.
Berbekas dalam jiwa.
Mati segudang rasa.

Dibunuh senyap-senyap dengan bilah nista.
Terpedaya.


Lelangit di kota singa
Mengaum merah
Seketika
Buat manusia itu lupa
Sesak debu di jiran tetangga
Hitam kelam yang hiba
Walau sebentar cuma
Tapi bahagia.

1.10.09

Ta' Guna!!

Amsal itu tiada guna
Kononnya
Andai
teringat dia juga
Heh! lupakan sahaja
Dia sedikitpun tak teruja
Memikirkan kamu buat kali kedua


Jangan
percaya!

Adoi!

Adoi!!!
Hampir digodam
Nasib ta' terbungkam
Mampir kau ke dalam kelam
Selam dalam-dalam

Lega.