17.9.09

Sampai..tua

Jalan aku
Terus kaku
Bila kau menolak aku
Tiada sempat aku seru

Langit biru pengin meneduhi aku
Dedaunan teringin menyapa aku
Mentari merah mahu menerangi aku
Kenapa tidak kamu?

Aku hanya lalu
Semua mata menuju aku
Siul nakal memanggil aku
Semua mahu kan aku
Mengapa tidak kamu?

Biar nanti sedar
Betapa rugi kamu
Apa rasa aku
Mereka bukan mahukan kamu
Mereka hanya memuja kamu
Mereka hanya menjulang kamu

Biar nanti sedar
Di esok hari
Kamu mungkin tiada lagi
Bersama perempuan - perempuan yang kau lagakan pipi
Menari - nari

Aku tetap disini
Menunggu
Menanti
Mengharap
Tetapi mengapa kamu ta' pernah mahu kan aku

Tololnya aku!!
Bodohnya aku!!
Terang-terang dia ta' mahukan kamu
Apalagi sila lah berlalu

Hey! aku perempuan tegar
Bukan mudah mengalah
Degil super dewa!!!

Aku tetap akan tunggu..
Biar nanti sedar
Hanya aku yang tulus mencintai kamu!!!
Walau tika itu kau sudah tua..
Aku pula anak dara tua!!

Mari-mari cantum jiwa
Menemani hari tua
Kala siang bertukar senja
Umur tiada lagi muda

0 comments: