19.5.08

semoga esok kau bangkit, dan sedar,
"hey, hanya dia seorang yang tulus mahukan aku"
(Fynn Jamal)

Hantu

Hey hantu..pergi kamu!!
Nyah kau dari aku
Kerna kamu itu hantu
Berpelesaran tak tentu
Aku tidak takut akan kamu
Namun aku rimas lagi lemas dengan hantu seperti kamu..

Pergi kau hantu!!!

Aku berdarah..


Satu ketika dahulu..
Sering Aku merasa Sakit..
Sering Aku menahan pedih..
Sering Aku menjerit perih..
Berjela mencurah meludah rasa sedih

Aku coba menjadi gagah
Gagah segagah-gagah awan
Aku coba pasak jiwa menjadi kental

Aku menjadi ketagih
Ketagih pada rasa itu
Ketagihan ini pedih
Ketagihan melarat tiada nampak akhirannya..

Namun hakikinya terpaksa akur
Aku terpaksa menangis
Kerna jiwa parah berdarah yang mencurah pedih

Kini untuk keberapa kali
Aku letih lagi..

Acap kali hati di kelar
Sering kali jiwa bernanar
Penglihatan sering berpinar
Harapan kini kian pudar
Hilang dalam nyala samar

Dulu berdarah
kini..aku..
Berdarah kembali
Kerna pernah kembali pada kudis yang hamis
Kerna mendamba sebuah jiwa pada boneka yang berasa
Kerna membelah dua nafsu dan jiwa
Kerna menyatukan serakah rasa

Kini..
Aku berdarah lagi..
Berdarah yang mungkin tiada terhenti

Aku tak mahu mati
Tuhan..hentikan pendarahan ini