17.11.08

Silap Yang Tersilap

Silap yang tersilap
Aku tak mampu mentafsir setiap tingkah laku
Dan kau terang-terang tak mampu berterus-terang

Silap yang tersilap
Kau pinta itu ini
Dan aku mengiyakan ini itu

Silap yang tersilap
Aku pinta semua itu
Dan engkau tiada pernah memberi kepada aku

Silap yang tersilap
Aku portretkan segala susur galur
Dan kau memutar belit susur yang terselit

Silap yang tersilap
Aku sedar silap lakuku
Dan engkau tiada pernah tahu apa silapmu

Silap yang tersilap
Aku percaya nista katamu
Dan engkau menyanyikan merdu tanpa sedar nista itu

Silap yang tersilap
Pabila kita cantumkan segala suka dengan nafsu
Dalam sebuah dakapan yang berahi itu
Tanpa tahu apa yang kita mahu

Silap yang tersilap
Pabila kita ketemu diruang-ruang waktu itu
Tetapi aku silap yang tersilap
Bila tiada mampu meninggalkan kamu
Dan tiada pernah bangun dari mimpi itu...

Sedang Elok

Kamu..
Mungkin bukan makhluk adam yang terbagus
Mungkin juga bukan yang tercorot

Kamu untuk si hawa seperti aku
Memadai cukup
Sedang elok

Mungkin aku tiada mendapat segala mahu
Mungkin tiada sempat berlagu merdu
Mungkin hanya mampu menggapai apa yang perlu

Dalam keadaan begini
Tiada aku pinta
Sesuatu yang lebih baik darimu

Jangan dipersoal bahagiakah aku
Diperdebat jangan kekuranganmu itu
Kerana terlalu taksub dengan segala perincian itu
Kita mungkin akan ragu
Mungkin juga keliru
Seakan semua tiada tahu menahu

Aku mungkin kurang pasti
Dengan segala urusan ini
Tapi apa yang t'lah terbukti
Kamu sedang elok untuk didampingi...



Payah...

Perlukah aku lupa
Merdu lagu
Bersyair sendu

Perlukah aku lupa
Tenang biru
Laut itu

Perlukah aku lupa
Sonata di kala salju
Sejuk nan membeku

Perlukah aku lupa
Kehangatan lantana
Walau busuk menusuk deria bau

Perlukah aku lupa
Segala suka
Walau duka berzikir dijiwa

Alangkah payah...











Melupakan kamu
Wahai lelaki itu...

Setitis Nangis dan Seulas Harap

Ta'kan mampu ku putar segenap alam
Ta'kan sempat ku padam yang dikenang semalam
Ta'kan cepat ku gapai bulan kelam
Ta'kan dapat disuapi gembira yang suram

Setitis nangis merintih pedih
Tatkala merangkak meraba seharap kasih
Setitis nangis menyanyi sedih
Mengharap seulas harap yang sahih

Di landai gersang
Tiba-tiba terdengar pekik
Selayang teriakan di kala terik
Terjerat sorang bagai tercekik

Setitis nangis mengharap kasih
Bersujud melutut mengharap tagih
Setitis nangis berlagu sedih
Mengharap telus seulas harap walau ia pedih

11.11.08


Kenapa?
Tanya aku yang pertama?

Andai kau ditimpa musibah
Kenapa aku yang dikau butuhkan?
Kenapa aku yang dikau perlukan?
Kenapa?

Andai kau keseorangan
Kenapa aku yang dikau butuhkan?
Kenapa aku yang dikau perlukan?
Kenapa?

Andai kau kelaparan
Kenapa aku yang dikau butuhkan?
Kenapa aku yang dikau perlukan?
Kenapa?

Tanya aku
Tegar tiada jawapan kamu
Bisu tiada tingkah laku
Diam-diam terus membisu

Aku kau pakai untuk menggapai cita-citamu
Kau lahap aku untuk puaskan nafsu serakahmu
Aku kau bonekakan tatkala bosanmu
Aku kau pasak dalam salah lakumu
Aku kau bunuh kerana ada disitu

Kenapa aku?
Kau bakar aku demi keseronokkan diwaktu senggang-mu
Rupanya kau bakar aku buat kesenangan kamu.
Kau biar aku lemas diselubungi jelaga hitam
Kau biar aku tergapai sorang
Kau biar aku terus songsang
Kau tinggalkan aku sorang-sorang

Ingin Aku Ingin Sedar...



Terasa aku bagai terlalu lewat
Telah lama tersesat dalam maksiat
Ingin Aku Ingin sedar
Adakah ruang-ruang tuk aku bertaubat?
Bersujud dicelah-celah rakaat
Aku penat

Terasa bagai amat berat
Mendiri sebuah rasa yang padat
Rasa jiwa yang konon terhebat
Ingin Aku Ingin sedar
Diujung nanti aku akan tersebat
Dengan nikmat yang tiada bernikmat

Terasa bagai sakit tersiat-siat
Meloloskan diri agar dapat terlihat
Memberi nikmat yang penuh maksiat
Membiar diri dimamah dibelit dipadang maksirat
Walau
Ingin Aku Ingin Sedar
Tetapi mengapa tiada taubat?

Terasa bagai terpenat-penat
dipasak dalam mimpi yang dashyat
Andai tiada aku sempat
Bangun dari lelap yang telat
Panjatkan aku satu munajat
Munajat taubat kepada Maha Hebat