30.11.07

"Segala yang dihasrat tapi tak dapat adalah nikmat yang paling padat"
by A Samad Said

29.11.07

Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad (Latif Maulan,2007)

Bestfriend: adakah kami?

Sukar untuk dinyatakan apakah status kami..
Kerana kami amat berbeza dengan persahabatan yang ada diluar sana..
Persoalannya - Bestfriend: Adakah kami?

Nafsu

Nafsu..
Bijak sekali manapun manusia itu..
Cerdik mana pun mereka
Setinggi mana pun pelajaran mereka
Tetapi apabila nafsu mula menguasai diri
Segala kepandaian..segala kebijaksanaan tidak mampu menahan nafsu yang bergolak dalam hati..
Tidak dapat menahan rasa berahi yang meluap-luap..
Kerana nafsu itu sendiri tidak pernah kalah dalam mencari kepuasannya sendiri..
Kenapa kita selalu kalah dek hawa nafsu?
Setinggi manapun iman kita..sekukuh mana benteng yang dibina..
Nafsu dengan mudah memboloskan diri..
Nafsu..kadangkala menyeronokkan..menggembirakan..memuaskan dan selalunya merugikan kerana apabila nafsu menguasai diri kita sering kali melanggar peraturan hakiki..

Kau tidak pernah mengerti erti sebuah persahabatan
Kau tidak pernah merasai rasa sebuah pengkhianatan
Kau tidak pernah menghargai nilai sebuah pengorbanan
Dikau tidak pernah menyelami kehancuran
Hancur luluh hati seorang sahabat
Kau tidak pernah lalui liku perjalanan sebuah persahabatan yang dikhianati dengan sebuah pembohongan..

Kadang Kala Kita Bertanya..

Kadang Kala Kita Bertanya..

Tuhan..mengapa dikau ciptakan sebuah persahabatan yang hanya meragut kebahagiaanku?

Kadang Kala Kita Bertanya..

Tuhan..mengapa disaat aku mula menerimanya, kau rampas ia dariku?

Kadang Kala Kita Bertanya..

Tuhan..kesalahan apa yang tlah kulakukan sehingga terpaksa kuterima sebuah penipuan dari seorang yang pernah kuhargai?

dan bila Tuhan mula menjawab..aku mula sedar:

Aku, Dia dan Kamu..adalah ditakdirkan bersama

Terpulang kepada kita bagaimana hendak menjaganya agar ia kekal dalam hati dan bersama hingga mati.

Maafkan Ku Kawan..

Maafkan ku Kawan
Kerna terpaksa menjauhkan diri
Kerana hati tlah dilukai

Maafkan ku Kawan
Kerna mendiamkan diri
Kerana dalam hati penuh rasa benci

Maafkan ku Kawan
Kerna tidak mampu memandangmu lagi
Kerana setiap kali bertentang mata
Kau bagiku bagaikan meluahkan segala nista

Maafkan ku Kawan
Kerna dikau tidak lagi kuanggap teman
Kerana bicaramu penuh dengan penipuan

Maafkan aku Kawan
Kerna dikau tiada lagi didalam hati
Kerana dikau caci kejujuran yang hakiki
Tanpa kau rasa apa yang ada dalam hati ini

Maafkan ku Kawan
Kerna dikau tlah ku lepas pergi
Kerana dikau tidak pernah menghargai
Sebuah persahabatan yang dibina ihklas dari hati...

Bila kita mula memandang..

Bila kita mula memandang
Sesuatu yang membuat kita tenang
Kita sering terangsang
Terangsang dengan ketenangan
Ketenangan yang kau cipta untuk sebuah persahabatan

Namun
Makin ku berahi dengan kurniaan
Makin ku lihat kepura-puraan
Makin hati berkenan
Makin terang ku lihat sebuah penipuan

Penipuan uang t'lah menghancurkan sebuah persahabatan
Persahabatan yang ku kira dibina atas dasar keikhlasan
Keikhlasan yang bersulamkan kejujuran
Namun bila ku mula memandang
Dirimu penuh penghinaan

Tuhan..

Tuhan
Kau kurniakan aku sebuah persahabatan
Persahabatan yang penuh kebahagiaan

Tuhan
Kau lakarkan untukku sebuah mimpi
mimpi indah yang penuh seri

Tuhan
Kau bina kan kami sebuah jambatan
Jalan untuk kami susuri bersama
Jalan untuk mencari sesuatu yang tersorok dalam hati

Tuhan
Dia kau ciptakan untukku
Dia persis nadiku

Tuhan
Senyum tawanya bagaikan penawar
Bicaranya bagaikan hikmat

Namun tuhan
Kini entah mengapa Kau rentap segala suka
Kau rampas segala bahagia

Kini
Kau berikanku duka
Kau bekalkanku lara
Mengapa?

Namun aku tidak pernah menyalahkanmu Tuhan
Kerana segala yang dikau rentap ini pasti ada hikmah yang menanti..

Seperkara Tentang Kita

Satu ketika dahulu
Kita buka langkah bersama mengejar satu impian yang sama
Bersama mengharungi onak dan duri
Tatkala kau tersungkur kuhulurkan tangan tempat berpaut
Jika ku tersungkur kau tongkatkan kakiku untuk berdiri

Satu ketika dahulu
Hidup kita pernah gelap
Namun bersama kita mencari terang untuk menyinari alam

Satu ketika dahulu
Kita pernah bahagia
Bahagia yang tak pernah dirasai
Walau datang sedih menyelubungi hati
Namun membuatkan duka sentiasa bahagia

Kini...selepas satu ketika dahulu
Seperkara tentang kita
Segalanya bertukar hiba
Walaupun kita berusaha mencari cahaya yang dahulu menyinari segala duka
Namun kegagalan menyelubungi jiwa
Meronta mencari cari
Namun masih gagal ditemui
Kerana malap seluruh hati...

Seperkara tentang kita
Adakah akan ada kita kembali suatu hari nanti?

Jangan..

Jangan dikau dekati diriku lagi
Walau resah menyelubungi diri

Jangan dikau mencari ku lagi
Walau kesal memenuhi hati

Jangan dikau kejar bayang ku lagi
Walau benakmu terasa sunyi

Jangan dikau muncul dalam mimpi ku lagi
Walau kau merindui diri ini

Kerana aku perlu bersendiri
Untuk mencari kembali siapa kau disisi ini
Lupakan aku kerana satu kesalahan yang dikau lakarkan sendiri..

Satu Kebenaran Yang Dinanti

Berlari ke kaki langit
Mengejar bayang yang asyik bersembunyi
Aku dapat melihat dikau lari dengan jelas
Kerna kau lupa mengaburi sisa yang kau tinggalkan
Makin laju kau lari
Makin hampir kujejaki
Makin dalam kau pendam
Makin dalam ku selam
Makin kau berdiam
Makin jelas kedengaran
Akhirnya ku pasti
Satu kebenaran yang lama dinanti
Kini menyerah diri

Aku

aku hanyalah manusia normal yang penuh syakwasangka..
syakwasangka pada dia
syakwasangka pada mereka
syakwasangka pada semua

Dan

syakwasangka pada diri sendiri
diri aku penuh tanda tanya..
tanda tanya yang kadangkala tidak terjawab hingga membuat aku fed up..
inilah AKU