22.5.09

Disuatu Sudut Jajahan Kontang

merangkak ketepian sana tuk mencari teduh
layaknya aku persis manusia tegar dimamah awan
tegar membiarkan kulit tersiat oleh sang mentari yang lahap
tegar menelanjangkan nafsu kepada arjuna yang gersang

Aku bagaikan permata yang malap
tiada indahnya kilauan itu
kerana kau robek ia untuk kepuasan jajahanmu
Rela yang terpaksa
Terpaksa kerana cinta kejam itu

Disuatu sudut Jajahan Kontang
Aku kau tinggal tiada berkutip
Mendesir bunyi angin
Namun kulit bagai tiada merasa

Aku mati dikala nyawa masih dibadan
Kau kapankan aku tatkala aku hidup
Kau biarkan aku lemas
Dalam lumpur - lumpur dosa
Kau tinggalkan aku sorang

Tiada Aku...

Tiadakah kau dengar
Bila mana aku bersuara
Tiadakah kau ucapkan
Bila mana aku bertanya

Tiadakah pernah kau salah
Bila mana ku dipersalahkan
Tiadakah pernah kau cuba
Bila mana aku meminta

Siapa kau yang sebenarnya?
Kenapa tiada aku mengenali
Siapa diri mu yang hakiki?

Siapa kamu dalam hidupku?
Tiada pernah aku tahu..
Kau kononnya pasanganku
Namun kenapa kau kosong disitu..

Kau tiada pernah mahu melihat
Kau hanya dengan dirimu saja
Kau hidup sorang dalam duniamu
Mengapa tiada aku?

Kau tiada pernah membutuhkan aku
Aku hanya boneka yang keras disitu
Cinta bukanlah yang kau mahu
Mata hatimu buta tatkala membaca isi hati ku

Kenapa kau perlakukan aku begitu?
Kenapa kau enggan memandangku?
Mengapa kau paling mata mu dari mata ku?
Kenapa kau sisih aku dari ruang mu?
Kenapa perlu aku disitu tika kamu tiada memerlukan aku?

Terus - teruskanlah begitu
Kau dan dunia mu
Mereka lebih tahu
Siapa kamu berbanding aku kekasih diruangan gelap itu...