27.8.09

Berat

Kiranya kertas renyuk itu seakan amat berat pada akalmu
Biarlah ia disitu
Usah peduli
Usah dihairankan
Kiranya sukar kamu memaafkan
Jangan dicoba
Usah dipaksa
Nanti benci pasti akan beraja
Biarpun bermalam-malam
Berusaha
Tapi sekiranya hati tiada rasa
Maaf pun tiada guna
Jangan dihenyak kehendak hati
Biar aku mati dengan salah sendiri

25.8.09

The art of acceptance is the art of making someone who has
just done you a small favor wish he might have done you
a greater one.
- Russell Lyons

Where there is no love, pour love in, and you will draw love out.

- St. John of the Cross

Cukup faham..

Aku faham
Segala kehendak
Semua kemahuan
Aku memang faham

Tapi kenapa kau sedikitpun tak faham
Segala kehendak
Segala kemahuan
Yang terpuruk dalam hati?

Jangan terlalu ekstremis
Mengutip setiap salah aku
Sedangkan kau salah juga

Kenapa begitu prejudis
Dengan silap aku yang sedikit itu?
Cukup faham
Dengan kau yang cepat berubah rasa
Apatah lagi dengan laku

Jalan Mati

Apa lagi yang perlu?
Yang perlu aku buat
Untuk kembali membahagiakan
Kembali menggembirakan
atau
Mengembalikan keseronokkan yang bernyawa ikan?
Katakan..
Senaraikan..
Tak kira seberapa banyak yang kau mahu
Akan aku kotakan
Andai perlu aku dilukakan
Silakan..

Terima Kasih

Bingung..
Sendiri tidak berapa pasti
Kering ikhtiar
Habis modal
Apa guna aku terus pujuk
Dengan rasa yang penuh
Sayang yang tulus
Kiranya kau terus membisu
Masih membatu
Tetap kaku
Mencebik muncung mengejek
Endah tiada pun satu
Telinga dikatup rapat
Aku disabit kesalahan
Mati dijerut kebisuanmu itu..

Terima kasih

Ilmu Kebal

Bukan sekali

Jiwa perempuan itu direntap

Raga gadis itu diragut

Maruah dara itu dihenyak

Muka isteri itu disepak

Dada betina itu dilapah

Nafsu kekasih itu dikangkangkan


Namun

Hati mereka terus cekal

Tak pernah sesal walau dipojok bebal

Mereka biarkan..

Merewak lebam-lebam di badan

Meretel tulang sengal

Mereyot senyum rewan


Walau ditinggalkan

Atau disepak terajangkan

Mahupun dipersendakan

Mereka tetap tanpa beralih sejengkal


Kononnya

Dek kerana kuat

Mereka terus kebal

Dipukul dahsyat

Heh..persetankan!


Wahai perempuan sekalian

Cepat cergas jangan meranggas

Semua ini hanya membawa mati

Kerna kamu menggali kubur sendiri

Tanpa sempat berlari
Nanti mati seorang serikandi

23.8.09

Makbulkanlah

Persis kalian

Lebih kurang seakan

Senyum..aku turut senyum

Ketawa..aku juga

Namun ada yang tidak seakan

Ada yang tiada dalam hati

Ada yang kurang dalam jiwa ini

Hampa

Di ujung langkah kakiku

Dua makhluk ini bertemu

Segenap alam seakan gembira

Hati berdebar..

Mungkin akan ada ceritera cinta?

Namun entah mengapa

Ada sahaja dugaan

Seakan jelik dengan makhluk seperti aku

Belum sempat menyulam-nyulam rasa

Semuanya seakan hiba

Ya Rahman

Ya Rahim

Utuskanlah malaikat cinta

Untuk menemani dalam sepi

Ya Hakim

Ya Khabir

Hukumlah aku jika aku mempersoalkan itu ini

Kerana aku juga berhak dikasihi

Ya Karim

Ya Razzaq

Berikanlah aku cinta

Sekalian dengan restumu

Agar aku terus-terus bahagia…

Ya Mujid

Ya Wadud

Perkenankanlah mohonku

Limpahkanlah nurkasih-Mu

Aku ta’akan penat

Bersujud semalaman

Biar kejang kaki-kaki

Kan terus-terus menyeru

Perkenankanlah..Tuhanku

Amin..

22.8.09

Tunggu!!!

Tak seindah rawa berwarna pelangi

Tak secantik cindai yang misteri

Tak sedikitpun tampang muka menunjuk seri


Meratikan ruang masa

Meratibkan sabda – sabda cinta

Meraup sedikit harapan jiwa


Kapal kertas itu memeper dari halanya

Kerna angin terlalu taksub memedor jalannya

Niat terlencong dari laluannya


Aku mungkin terlalu pedo

Kepedulian yang mungkin menyesakkan

Tersungging senyum kelam

Bersungkawa jiwa dengan kelainan


Tersungkum tepat dilantai bumi

Tersembam terus tak dapat bangun

Tersadung kaki di tangga kedua


Aku sendiri yang menyuntih bahagia

Kepedulian yang menggila

Sedikitpun tak membawa bahagia


Kelip-kelip makin jauh berlari

Pergi ke suraya bintang ketujuh

Aku sedaya cuba menyoroti

Sinar kelam yang makin mati


Tunggu!

Aku nanti peluang sekali lagi

21.8.09

Huh!

Huh..kenapa kau hadir?
Hadirnya kau bikin aku derita
Obsesi pada rasa
Terbalut luka yang membusuk
Bernanah ngilu

Aku dulu macam biasa
Baik-baik belaka
Tapi kau terus coba tuk menggoda
Terlalu berani nodai jiwa
Semacam tak percaya

Kau.. sayang kan aku
Kau..love kan aku
Kau..dear kan aku
Kau sasau kan aku
Argghh! keliru aku keliru..

Sudah!
Akhiri sahaja
Skandal buta rasa
Terasa siksa
Membelah jiwa raga


20.8.09

Surat Kepada Yang Tak Sepadan

Begini:
Aku fikir
Elok aku berhenti ditepi
Dan belok kekiri

Kiranya:
Nanti bila bersatu
Kau semak dengan tingkahlaku
Aku akan kaku

Cukup:
Dengan apa yang kau peram
Mulutku terus-terus kemam

Jadi:
Ada baiknya kita tutup pintu
Padam unggun biru itu
Biar jadi abu dan debu

Agar:
Tiada yang terpaku
Dengan siksa jiwa tak berlagu
Nadi tak mungkin kan bersatu
Tinggal anekdot-anekdot itu

Kerna:
Kau dan aku
Tidak sama hala tuju
Sepadan tak mungkin perlu



19.8.09

Jam tunjuk tepat
12 malam pekat
Aku tunggu dengan hasrat
Cuba sorok apa yang tersemat
Tapi kau sentiasa lewat
Bila aku sudah di atas pesawat
Jangan tanya kenapa terlalu cepat
Tinggalkan tak bertempat
Macam tak sempat-sempat
Cuma aku dah penat
Selamat tinggal sahabat
Moga terubat
Sesal yang sengaja dibuat

Nikmat Yang Tak Berniat

Petir menjerit perit
Langit mengerang sakit
Awan bagai terbelit
Berisi air yang tidak sedikit

Aku tegak sahaja
Tiada berlari atau sembunyi
Dongakkan kepala
Pasang niat untuk mati

Hujan menari keroncong
Bersimpang siur dicelahan rambut
Ubun-ubun gigil semput
Alur air seakan sejuk
Tapi sakitnya bagaikan tertusuk

Kau rangkul aku padat
Aku pandang terus tepat
Akal cuba bernikmat
Tapi jiwa macam tersekat

Tak mungkin akan ada sesaat
Bila sedar raga t'lah diikat
Kau terlalu cepat
Memberi harapan yang tak berniat

Akhir nanti,
Aku yang tersesat
Dengan nikmat yang tersumbat




17.8.09

Aku

Kalau sampai waktuku
Ku mahu takkan seorang pun merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu-sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulan yang terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa ku bawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi.
- Chairil Anwar -

16.8.09

Ku bersujud Pada-Mu

Mata buta kala terang
Memandang semua dengan kelam
Semua seakan hilang
Tapi Kau tetap terang

Ampunilah aku
Untuk setiap waktu
Hari ini mahupun esok
Jagailah aku dari segala mala petaka

Ya Allah
Ku tadah tangan
Ku panjatkan doa
Kau lah tempat ku meminta
Kau lah yang memberikan segala harta

Aku pohon
Aku rayu
Kau jadikanlah aku hambaMu yang bertaqwa

Ya Allah
Ampuni aku
Kerana sering melupakan Mu

Ya Quddus..pimpinlah aku

Seringkali ku hadiahkan kurniaMu
Dengan dosaku

Seringkali ku balas budi baikMu
Dengan khilafku

Seringkali ku alpa kebijaksanaanMu
Dengan wujudnya tololku

Tiada pernah
Ku sedar
Bahawa segala nikmat yang diberi
Adalah harta tetap yang ku pinjam dari Mu

Tiada pernah
Ku ingat
Bahawa hela nafas yang ku hirup
Adalah harta dari Mu

Aku biar Kau saksikan
Segala kejahatan
Semua kekhilafan
Nikmat kemaksiatan
Betapa jeliknya, aku yang diakali syaitan!

Syukur, alhamdullillah
Kau berikan aku lebihan hayat

Syukur, alhamdullilah
Kau beri aku ruang waktu

Syukur, alhamdullillah
Kerna indahnya hidup

Syukur, alhamdullillah
Ku syukuri segalanya

Terima kasih wahai Al-Mutakkabir
Dengan segala kebesaran

Terima kasihku Ya Ghaffar
Mohon diampunkan segala kesalahan

Kerna Kau selalu ku abaikan
Kerna Kau selalu ku tinggalkan
Kerna ku sering balas segala kesenangan dengan tuba

Al Malik..Al Khaliq
Pimpinlah tangan kotor yang penuh debu
Ke jalan-jalan yang subur dengan nur
Menuju simpang syurgawi



Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ngin bingar
Aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ah...ada malaikat menyulam
Jaring laba-laba belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai .........

Rangga
(Ada apa dengan Cinta)

Aku Bukan Siapa-Siapa

Aku bukan pujangga sakti
Yang kononnya memahami akal budi
Aku tulis hanya kerana hati
Mewakili perit jerih bahasa nadi

Aku bukan jutawan
Kaya dengan pitis-pitis
Teguhnya aku dengan adanya altar kuat itu
Walau ia berliku-liku

Aku bukan sasterawan
Yang genius dalam bahasa jiwa dan kosa kata
Aku hanya sebatang pena
Yang mencoret segala perihal manusia

Aku bukan siapa-siapa
Aku hanyalah perempuan gila itu
Yang menjerit rasa melalui tinta merah itu
Yang mulutnya dikemam tahan nafsu
Yang asyik menangis dalam sendu
Yang sering ditinggal jatuh terduduk

Aku bukan siapa-siapa

Hari Kematian..

Aku bangun pagi

Macam selalu

Macam biasa

Tapi agak telat 5 minit

Entah kenapa hari ini seakan lain?

Lain benar

Berbeza dari kelmarin-kelmarin


Rutin pagi bermula

Aku bersihkan diri

Aku rapikan bilik

Aku pakai baju warna hitam

Aku sarung satu persatu

Selesai..


Kemudian aku berdiri depan cermin

Aku lihat aku

Tiada yang pelik

Tapi masih rasa seakan lain


Aku sisir rambut mengikut kebiasaan

Aku oles bedak kompak rata ke pipi

Aku calit pemerah pipi

Aku pakai gincu bibir

Kemudian pakai wangi-wangi

Namun masih terasa lain

Berbeza dari kelmarin-kelmarin


Bila kaki mula memijak badan bumi

Tiba-tiba semua seakan mati

Segenap alam berhenti

Kotak mata mula merekah


Bila aku mula menyedari

Apa yang berbeza hari ini

Aku mati didalam jasad sendiri

Bagai disiram asid

Tersiat..terbarai..terkulai


Bila aku mula menyedari

Aku ditinggalkan sepi

Bila kau mula berlari

Mengikut haluan kiri


Patutlah berbeza rasa didinihari

Kerana malam itu ku tidur sendiri

Ku rangkul badan ku sunyi

Tiada lagi bunyi-bunyi

Tiada peneman yang bernama suami

Kau pergi..kau lari mengikut betina bernama dewi!!


Persetan kau dewi

Kau rampas lelaki yang ku panggil suami

Aku,,Benci!

Terima Kasih wahai dewi dan suami

Pergilah kamu mati!!

13.8.09

Sesekali bila aku terbangun
Termangu-mangu
Aku menjadi pelarian rindu
Mencari hilangnya kerinduan itu
Dimana kamu?
Usah bersembunyi
Jangan terus berlari
Tunggu aku..kita cantum rindu ini..

Nota Hati..

Kucapai pena biru
Sekalian dengan buku hitam itu
Aku selak satu persatu
Mencari helaian kosong
Kala itu hujan gerimis
Angin berdesah dan mendesah

Aku jumpa ruangan kosong
Lalu aku mulakan omong-omongan
Aku tulis satu persatu
Tiada yang tertinggal
Apa yang tersemat
Dengan hemat

Oh, Iskandar!!
Aku cinta padamu
Sungguh..aku tak tipu
Ini rasa sebenar aku
Yang tersorok jauh dalam jiwaku

Nota ini ku karang
Kala semesta lenjun dibasahi gerimis
Bintang sayup-sayup di balik awangan
Pari-pari berterbangan
Seakan bercinta dan berkasih-kasihan
Wahai, kamu!!
Jadikanlah aku suri hidupmu

Selusin doa ku panjatkan
Bergulung harap ku luahkan
Bersujud sembah semalaman
Oh, Tuhan!!
Tolonglah perkenankan..

Tunjukkanlah jalan
Agar dapat nanti berpimpin tangan
Melangkah di atas altar kebahagiaan
Yang penuh kelopak-kelopak keseronokkan

Sedari dulu, aku tahu kau tahu:
Tiada lebih buruk
Atau pun lebih baik
Hodoh atau molek
Dari mereka-mereka yang lain
Kerana kamu sudah memadai

Wahai, lelaki!!
Ku menginginkan kamu
Tuk menanam benih cinta dalam tamanku
Tuk menjadi wali anak-anakku
Tuk menjadi raja istana itu
Tuk menjadi nakhoda jiwaku
Tuk menemani hidup dan matiku
Tuk membimbing aku ke taman firdaus itu..





Tuhan, Aku Cinta Padamu

Aku lemas
Tapi berdaya
Aku tidak sambat rasa sakit
atau gatal

Aku pengin makan tajin
Aku tidak pernah sesak nafas
Tapi tubuhku tidak memuaskan
untuk punya posisi yang ideal dan wajar

Aku pengin membersihkan tubuhku
dari racun kimiawi

Aku ingin kembali pada jalan alam
Aku ingin meningkatkan pengabdian
kepada Allah

Tuhan, aku cinta padamu

Rendra
31 July 2009
Mitra Keluarga

Hai, Kamu!!

LUKA - LUKA DI DALAM LEMBAGA
INTAIAN KEANGKUHAN KEKERDILAN JIWA
NODA DI DALAM PERGAULAN ANTAR MANUSIA
DUDUK DI DALAM KEMACETAN ANGAN - ANGAN
AKU BERONTAK DENGAN MEMANDANG CAKRAWALA

JARI - JARI WAKTU MENGGAMITKU
AKU MENYIMAK KEPADA ARUS KALI
LAGU MARGASATWA AGAK MEREDA
INDAHNYA KETENANGAN TURUN DI HATIKU
LEPAS SUDAH HIMPITAN - HIMPITAN YANG MENGEKANGKU

RENDRA
( jakarta, 29 februari 1978 )

12.8.09

De Javu...

Dalam balang-balang kaca
Kau lihat serpihan jiwaku yang mencair
Lihatlah aku:
Bagai bongkah-bongkah ais
Dingin

Aku berlenggang di srimpi gelap
Kekudaku buka amat sumbang
Ritma terus-terus bergeming
Tari nari makin genting

Aku kau puruk dalam liang hati
Kau kebumi tanpa ada tahlil
Kau cabut terus nadi
Mati.

Aku akhirnya sadar
Kau ta'kan sudi tatap mayat itu
Walau aku terkujur di tiga penjuru
Menunggu dengan sendu

Dalam gerobok usang yang hodoh itu
Tersembunyi aku
De javu yang dititip untuk kamu
Sebelum malam mengubah lalu


Sedarlah
"aku adalah De javu itu..."






11.8.09

Perempuan itu...

Perempuan itu
Mengibas-ibas rambutnya yang lebat
Seakan merasa sejuk dingin angin
Walhal panas terik

Perempuan itu
Mata bagai menerpa
Kanta bagai berkaca
Tapi buta

Perempuan itu
Melambai-lambai tangan
Seolah mengharap tumpang
Jangan harap

Perempuan itu
Mengutip sisa-sisa diri
Yang berderai-derai ditepi kali
Mengesot sendiri

Perempuan itu
Bagai manusia hilang hati
Menjilat kotor sendiri
Tiada geli

Perempuan itu
Seolah manusia yg hatinya berkecai-kecai
Membaling jiwa ke muka bumi
Bercerai-berai

Perempuan itu
Menangis tak henti-henti
Melihat awan berlalu pergi
Meninggalkan bumi mati sendiri

Perempuan itu
Membaling jauh kunci
Menutup rapat-rapat pintu hati
Seolah membenci semua lelaki
Yang menggelodakkan hati..

Perempuan itu
Terus kental sendiri..

Sendiri
Sendiri
Sendiri
Sendiri
Sendiri
Dan terus





Sendiri.......





Mimpi Terbasah..

TERSUDUT JAUH TERPEROSOK
BERSEMBUNYI DARI REALITI
TERMENUNG SUGUL MENGENANG NASIB KITA
HAMPIR SEPARUH DIRI KAU RAGUT

SEPARUH ITU ADALAH JIWA AKU
ADAKAH KAU MAHU CANTUMKAN
PECAHAN JIWA AKU DAN KAMU?
MENJADI SATU JIWA…
JIWA SENDU

HATI MULA MENYANYI
SELURUH ALAM IKUT MENARI
ANDRELINKU BAGAI BERZANJI
SERBA SERBI

TIBA-TIBA SEMUA TERHENTI
TERSADUNG KAKI TIKA MENARI
BILA RITMA MULA BERHENTI
RUPA-RUPANYA
SEMUA INI HANYA MIMPI

MIMPI TERBASAH
YANG MELENJUNKAN JIWA

MIMPI TERBASAH
YANG MELEMASKAN RAGA

MIMPI TERBASAH
YANG MEMATIKAN SAYA

MIMPI TERBASAH
yANG HANYA SIA-SIA

10.8.09

Sudah..

Sudah sekian lama mata itu berhujan sendu
Sudah sekian lama senyum itu sugul
Sudah sekian lama langkah itu tersadung
Sudah sekian lama badan itu seakan mati

Sudah-sudahlah meratap merintih
Sudah sekian lama dia pergi.

Menanti..

Telah sekian lama
Aku berdiri memasak kaki
Dilorongan sepi
Tak satu pun kicau yang berbunyi
Menjawab sedu hati

Hanya padaMu ku persoalkan
Keluh resah jiwa raga
Kenapa sampai kini
Hati masih tiada cinta

**senyap**

Jika masih tiada bunyi
Akur aku untuk terus-terus
Hidup dalam sepi



7.8.09

Entri Tanpa Rasa

Malam itu
Bumi seakan kekurangan bintang
Bulan seakan berlari dan sembunyi
Gelap kelam suram

Di celah semak-semak
Terlihat kelibat dua mereka
Hanya dibias kerlip temaram
Berbunyi kecil

Tebuan itu jantan keparat
Keparat yang memang bangsat
Tiada pernah beringat
Siapa yang kepingin disengat

Nafsu mereka saling berseliratan
Terkandas diatas hamparan rerumputan
Keringat terus berpancutan
Walau rasa sakit bagai disebat

Mata bagai hilang warna
Dada kembang kempis menahan ghairah
Mulut terkumat kamit berzanji nista
Jemari seakan kejung kejang

Selesai perang
Tebuan terus terbang
Tiada sikit menutup lubang
Tanpa rasa dia puas melahap
Kenyang

Akhirnya
Satu persatu kelopak berkecai
Meranggas jatuh ke bumi
Dengan hina
Dia terus berdiri
Mencermin diri yang berlubang sana sini

Tebuan itu memang keparat
Bermodal sayang dia menjerat
Melahap tanpa rasa yang terhebat
Terbang jauh tanpa meninggalkan kelibat

Kelopak terus kejung disengat
Tiada apa yang mampu mengobat
Lubang-lubang yang t'lah di siat.







6.8.09

Kamu sayang aku?

Aku senang dengan kamu..

Kamu sayang aku?

Aku selesa dengan kamu

Kamu sayang aku?

Aku menjadi aku bila bersama kamu

Kamu sayang aku?

Kenapa sayang?

Kita buat itu

Kita buat ini

Kita buat semua...aku cuma tanya kamu sayang aku?

Sayang,

Hargailah dia selagi dia ada di hadapan mata

**senyap seketika**

Kalau begitu

Adakah kamu sayang aku?

Aku belum bersedia untuk semua itu

**senyap lagi**

Aku mahu menerima kamu dengan hati yang terbuka

Bukannya terpaksa

Habis tu?

Sayang jangan rosakkan kegembiraan yang ada

Habis tu..apa maksud sayang pada kamu?

Kenapa kau cium aku?

Kenapa kau rangkul aku dengan penuh rasa?

Kenapa aku?

Kenapa kamu terlalu banyak pertanyaan?

Aku perlukan penjelasan

Aku perlukan jawapan

Kenapa?

Kerana aku sudah mula menyayangi kamu

Sayang...

Dunia kita jauh berbeza

Aku takut tidak bisa memberi apa yang kamu hendaki

Aku tak mahu kamu kecewa kerana aku

Habis tu...?

**senyap terus**

5.8.09

Kering sudah..

Mascara cair
Tidak aku endahkan

Pemerah pipi pudar warnanya
Tiada aku pedulikan

Berbelak bedak
Tidak aku risaukan

Air mata kering
Tiada aku kisahkan

Aku biar
Aku tunggu
Aku nanti

Sampai nanti
bila kau kembali

Bila?
Aku sendiri tidak pasti
Mungkin satu hari nanti
Kau yang akan mengesat air mata di pipi ini..

4.8.09

Bercinta dengan Bintang

Bintang oh bintang
Nak ku gapai
Terlalu tinggi

Bintang oh bintang
Kilau mu
Terlalu silau

Bintang oh bintang
Nak ku rapat
Tapi tak dapat

Bintang oh bintang
Nak ku dekat
Tapi tersekat

Bintang oh bintang
Ramai yang menggila
Begitu juga memuja

Bintang oh bintang
Adakah kau akan setia

Lalu bintang mula bertanya:
Adakah kau akan bersedia
Bila aku digilai dan dipuja?

Adakah kau akan mampu menerima
Bila aku disayang dan dicinta?

Adakah kau mampu bersabar
Bila aku dirangkul dan dicium?

Adakah kau akan kuat
Bila aku mula dilanda badai?

Adakah kau akan tunggu
Bila aku pergi?

Adakah kau akan tetap menjadi kau
Dan menerima aku seadanya aku?

Jawap aku:
Aku akan bersedia
Aku akan menerima
Aku akan sabar
Aku akan kuat
Aku akan tunggu
dan aku tetap aku

Seandainya kamu juga begitu..

Jujur dengan aku
Telus dengan aku
dan menerima aku seadanya aku




Getarnya tiada sama
Kali ini berbeda sekali dengan getaran yang dulu

Adakah rasa getar ini
Sebenarnya rasa cinta
Cinta yang berakar umbi dari dalam hati

Sejujurnya aku
Mengharapkan kamu datang bersama dengan sesuatu
Di balik senyum manis itu
Kau juga merasakan seperti aku

Aku tiada lagi mahu berpura
Berpura-pura aku gembira

Aku tiada lagi mahu berpura
Berpura-pura aku baik-baik sahaja

Aku tiada lagi mahu berpura
Berpura-pura kononnya tiada merasa apa

Ku akui..
Aku cemburu melihat kau disamping mereka

Ku akui..
Aku sakit hati melihat kamu dalam dakapannya

Ku akui
Aku marah pabila kau bisu seribu bahasa

Ku akui
Aku berang pabila mereka memuja kamu

Persoalannya kenapa mesti aku merasa begitu?
Adakah rasa ini benci ini sebenarnya cinta?
Adakah rasa cembura ini sebenarnya sayang?
Adakah rasa sakit ini sebenarnya rindu?

Dan hakikatnya
Aku mengharapkan sesuatu
Mengharapkan kamu juga rindu
Mengharapkan kamu merasakan rasa seperti aku

Aku kian lemas
Bila kau mula mengatur langkah untuk pergi
Jangan tinggal aku
Kerana aku sudah mula menyayangi kamu

Peristiwa Yang Sengaja Di reka

Peristiwa itu sengaja kita reka
Kerana kita suka

Peristiwa itu sengaja kita reka
Kerana kita gembira sesama kita

Peristiwa itu sengaja kita reka
Kerana kita buta

Peristiwa itu sengaja kita reka
Kerana nafsu beraja dijiwa

Peristiwa itu sengaja kita reka
Kerana tiada pernah tahu penamat cerita

Peristiwa itu sengaja kita reka
Kerana kita adalah kita
Manusia yang punya jiwa
Manusia yang mewarna kanvas yang tiada warna

3.8.09

Maaf..

Maaf
Maaf dan maaf
serta maaf

Tiada aku buat kamu
Tiada kamu buat aku
Tiada kita
Tiada kami
Tiada wujud mereka berdua lagi

Maaf
Maaf dan maaf
serta maaf

Aku tiada perlu kamu lagi
Kerna aku punya hidup baru yang kian berseri
Walau masih belum ranum lagi
Tapi aku bahagia dia kini disisi

Maaf
Maaf dan maaf
Sera maaf lagi

Tak perlu kau ratap nangis
Tak perlu kau pujuk rayu
Tiada perlu kau sesal bebal
Tiada perlu rasa kesal

Kerana
Kau tiada lagi wujud dalam hati

Kerana
Kau kini
Hanya sebuah mimpi yang ngeri
Yang pernah menghantui

Tapi kini
Aku makin berani
Untuk membuang kamu ketepi

Tapi ingat!
Bukan aku yang merencanakan semua ini
Bukan aku yang mencipta lelahan ini
Bukan aku yang mewarnakan catan kosong ini
Bukan aku

Tapi
kamu yang egois
yang tiada pernah ada rasa hati
Tiada pernah mencermin salah yang hakiki
Yang tidak pernah mengukur baju di badan sendiri

Maaf sekali lagi..

Malam itu..

Malam itu
Kita tiada berkata
Tiada bait-bait yang boleh dinyanyikan
Tiada irama yang sedap dilagukan
Malam itu
Bagaikan mati seketika
Bulan tiada cahaya
Bintang tiada kerdipnya
Malam itu
Kita duduk berdua
Diam seribu tanpa bicara
Sedar-sedar kita rupanya datang bersama
Malam itu
Bahu berlaga sesama kita
Tiada ciuman mahu pun pelukan
Hanya genggaman seakan tiada mahu melepaskan
Malam itu
Telah berlalu
Pabila lolongan ayam jantan berteriakan
Kita dikejutkan
Lantas
Dengan perlahan kau bisikkan
Kenapa..
Kau hadir hanya sebagai suatu harapan yang tiada mungkin dapat ku gapai?

Kenapa

Kenapa?
Andai terjadi suatu lelah
Kamu manusia yang rasional meratap melolong bagai manusia hilang Allah

Kenapa
Andai mempunyai suatu rasa yang membahang
Kamu selalu leka hingga lupa meniup api yang membahang

Kenapa?
Andai kamu punya dia
Tatkala dia lalu dan menghilang barulah merangkak mencari bayangan yang kelam
Kenapa
Andai hati penuh kasih
Tiada sayang untuk dicurahkan

Kenapa
Andai kamu dengan dia
Bagai kamu menginginkannya sedangkan hakikat yang hakiki tiada kamu pernah menginginkannya

Kenapa
Andai kamu bernafsu
Kamu meranggas bagai tiada pernah ingat akal waras

Kenapa
Andai hadirnya dia disitu
Hanya sebagai harapan..

Kenapa
Andai terasa bagai disayang
Sebenarnya lohong hati itu tiada berasa begitu

Kenapa
Andai kita bersama
Aku tetap merasa kau tiada pernah ada

Kenapa
Andai telah sekian lama
Tiada termaktub kata putus untuk mengakhiri sebuah perjalanan

Kenapa
Andai kamu sudah punya dia
Kenapa masih perlu menagih aku?

Kenapa
Andai aku telah pergi
Baru kini terhegeh mencari kembali

Kenapa
Tatkala aku berdiri disebelahmu
Tiada pernah sekilas kamu mengerling ke arah manusia ini

Kenapa
Andai kau susah
Baru wujudnya keakuan ini

Kenapa
Kau tiada pernah mahu melepaskannya berterbangan bebas di awan
Sedangkan kau tiada memerlukannya

Kenapa
Andai kita bertanya
Kenapa tiada pernah berakhir satu jawapan

Kadang-kadang

kadang - kadang kita keliru dengan apa yang kita kehendaki dan apa yang kita mahukan
Kadang - kadang kita tamak dengan apa yang kita telah ada
Kadang - kadang kita suka dengan orang yang tiada pernah menyukai kita
Kadang - kadang kita tidak pernah sedar bahawa dia yang kita benci sebenarnya mampu membahagiakan hidup
Kadang - kadang kita gopoh dalam membuat perhitungan sehingga kita tersadung jatuh terduduk menyesal
Kadang - kadang kita rasa sayang walhal rasa itu sekadar fabrikasi duniawi yang melalaikan
Kadang - kadang kita bagai penuh ilmu didada tetapi hakikatnya kita adalah manusia yang kosong akal dalam membuat pilihan kehidupan
Kadang - kadang kita alpa dengan sebuah rasa cinta sehingga menggadaikan jiwa dan raga
Kadang - kadang apa yang terjadi ada hikmah yang mungkin perit untuk ditelan namun pahit untuk diluahkan
Kadang - kadang kita punca segala permasalahan