26.8.08

Aku Tak Mau Mati Sendiri



Sejak musim itu
Tatkala dikau berlalu pergi
Tinggalkan aku sendiri
Sepi tanpa pasti

Aku sesat di jalan yang benar
Aku silau di ruangan yang kelam
Aku gelap tatkala cahaya terang
Aku hilang arah

Tak tahu harus bagaimana
Aku merasa bagai tiada berasa
Kerna kau tlah tiada

Tuhan
Kau kirimkanlah aku dia lagi
Biar mampu berasa kembali
Dan menjadi penunjuk arah yang hakiki

Tuhan
Kau kirimkanlah aku dia kembali
Kerna hidup ini semakin sepi
Dan aku tak mahu sendiri

Tuhan
Kau ciptakanlah dia lagi
Untuk menemani aku di kemudian hari
Kerna aku tak mahu mati sendiri

Aku perlukan dia
Untuk mensyairkan doa-doa cinta pada suatu hari nanti..
Bersenandung untuk lelapku di malam hari
Agar tidak aku mati sendiri
Tak mahu aku..

1.8.08

Cukuplah Terpenat Lelah



Tertutup rapat ruang-ruang itu
Ruang yang kudamba hanya untukmu
Ruang yang pernah terbuka luas untuk manusia persis kamu

Kini tiada pernah terisi
Dan tak kau mungkin disisi
Walaupun kau dekat dengan diri
Ku harus merelakanmu
Walau hati tiada pernah mahu

Berkerdip jiwa bagai bintang dilangit
Terang benderang tiada perlu disuluh
Sekelip ia kelam bergeming suram
Terdiam aku terdiam
Terpaku hilang sorang-sorang

Dengarkanlah aku wahai segenap alam
Terjerit perit menjerit bait-bait sayang
Terjelepuk seorang diruang yang lohong

Aku tiada lagi termampu
Untuk menakluk ruang waktu
Untuk menakluk ruang itu
Untuk menakluk cinta yang ku mahu

Cukuplah terpenat lelah
Aku bagai penumbra yang makin kelam
Membusuk terulat terkudis disitu
Terpaksa memaksa aku dipaksa
Menerima seandainya ruang legar itu tiada untuknya aku..

Andai Nanti Aku..

Diguris tiada lagi terhakis
Terhiris tiada mungkin menjerit perih
Deria merasa makin nipis
Diguris terhakis menipis tiada lagi perih

Andai dulu sakit benak bagai dipijak henyak
Meraung jerit terkoyak tekak
Merobek ragut jiwa rasa yang teronyok
Menahan luka yang tertusuk

Kejung jiwa saat cinta tak dikerling
Dilempar tanpa belas mahupun kasih
Berkecai derai tiada mampu dikutip..
Munajat yang tiada guna

Sia-sia mempertahankan sebuah rasa
Cukuplah sudah rasanya
Untuk sebuah perjuangan yang tak mungkin ada kesudahan

Andai Nanti Aku..
Berlalu dan pergi
Tiada mungkin aku ragu dan sangsi
segala kenangan tiada mungkin terbaki

Andai Nanti Aku
Berlalu dan tiada lagi menoleh
Kelibat mahupun bayangmu tiada mungkin mengekori
Kerna ku pasti ta'kan kembali

Mulanya kentar dengan segala badai
Namun ku tak bisa tegar
Mengejar menjejak rasa yang tiada ruang
Cukuplah terhenti disini..

Andai Nanti..
Aku tiada lagi mengejar
Jangan pernah coba menggapai sebuah jiwa yang tlah kelam..