30.6.08

Kenapa Aku?



Salah siapa?
Salah aku atau salah kamu..

Kenapa kau tuding jari pada aku..
Kenapa tidak kau cermin kesilapanmu?
Kenapa mesti aku..

Dulu jika kau butuh aku..
Mulut manis bagai madu..
Semuanya cantik..baik dan indah pada kamu..
Tiada cacat celanya aku
Segala kata dan gerakku bagaikan lagu buatmu

Namun
Bila aku butuh kamu
Dimana jiwamu?
Kenapa hanya ada jasad yang memuncung panjang..
Tiada kamu..tiada jiwa itu
Kau biar aku terkontang sendiri
Malah kau tiada disisi

Bila mana kita mula bergelodak
Rasa marah mula membuak
Jiwa kian memberontak
Pernah kau fikir..
Kenapa aku begitu?

Terkadang aku keliru
Kenapa hanya aku yang dipersalahkan?
Sedangkan kau yang memulakan
Kenapa kau putar hakikat dan menyalahkan aku?

Kenapa?
Kenapa aku kau biar menanggung segala silap?
Kenapa aku?

Sepuluh tahun berlalu..
Kau tiada menjawab soalan itu
Sekali lagi..kenapa aku?

24.6.08

Rupa dan Jiwa




Setiap manusia punya rupa

Setiap mereka punya jiwa

Semuanya sama


Punya sepasang mata untuk menikmati alam

Punya hidung untuk menghidu bau

Punya mulut untuk berkata-kata

Punya semua kurniaan Maha Esa
Yang

Beda hanya cantik dan bagaimana ia merasa..

Ada manusia yang cantik

Tapi jiwanya sangat hodoh


Ada manusia yang hodoh

Tapi jiwanya sangat cantik


Ada manusia yang punya rupa

Tapi jiwanya tiada


Ada manusia yang tiada apa-apa

Mahu rupa ataupun jiwa

Ada manusia yang punya keduanya

Cantik pada rupa..indah pada jiwa


Hakikatnya
Tiada guna jika cantik pada rupa
Jika hodoh pada jiwa
Manusia..
Secantik mana pun kamu

Mahupun sehodoh mana pun kamu


Jika jiwa itu penuh cahaya kebaikkan

Nescaya seluruh jiwa itu penuh dengan kecantikkan yang hakiki..


Rupa dan Jiwa

Kelengkapan manusia untuk menjadi manusia

9.6.08

Disebalik Mata Bundar itu..



Disebalik mata bundar itu..
Tiada siapa tahu apa yang dilihat

Disebalik mata bundar itu..
Tiada siapa tahu tatkala ia berendam nangis

Disebalik mata bundar itu..
Tiada siapa tahu akan betapa ia sedih

Disebalik mata bundar itu..
Tiada siapa tahu ia meratap pedih

Disebalik mata bundar itu..
Tiada siapa tahu kebenaran yang hakiki

Yang pasti..
Tatkala merenung terus tepat pada mata bundar itu
Tanpa sebarang kelip
Tanpa sebarang kerdip
Jauh ke dalam anak mata itu kelihatan sebuah jiwa yang penuh dengan segala rasa
Kasih untuk dia..
Sayang untuk dia..
Cinta untuk mereka berdua..

Disebalik mata bundar itu..
Hanya dia sahaja yang tahu

Kamu..Siapa?


Kawan..kawan..kawan
Siapa kamu sebenarnya?

Kawan..kawan..kawan
Adakah kau kawan?

Kawan..Teman..Sahabat..
Berlainan tapi hakikatnya sama sahaja

Kawan..Teman..Sahabat
Apa perananmu sebenarnya?
Kau kata bahumu tempat ku mengadu domba
Kau kata tanganmu tempat ku berpaut gagah

Akan tetapi pabila saat itu menerpa
Kau hilang dan aku bagai tunggul yang terpinga-pinga

Apa watak kau yang sebenar?
Apa peranan kau yang tulen?
Apa tujuan kau yang asli?

Kamu..siapa?
Tolong jawab pertanyaan
Tolong beri jawapan
Biar paham jiwa akal
Biar tiada lagi kecelaruan..

Kamu..siapa?

3.6.08

Yang Sebenarnya..Kau Yang Meremehkan Aku




Remeh?
Apa yang remehnya?
Kenapa kau bilang aku suka meremehkan keadaan?
Kenapa?

Adakah perasaan aku ni hanya sesuatu yang remeh?
Adakah rasa aku ini sekadar rasa yang meremehkan?
Adakah tutur kata ku hanya bait-bait kata yang sekadar remeh?
Adakah?

Kenapa kau pula diam?
Remehkah persoalan yang aku bangkitkan?
Remehkah setiap persoalan?

Jika remeh..kenapa tidak kau buktikan..
Buktikan betapa remehnya aku ini
Tunjukkan pada donia aku ini remeh semata
Bangkit dan sergah semua..
Laungkan keremehan aku..

Jika memang aku ini manusia yang remeh..
Tolong!! Tinggalkan aku ditepi..
Tinggalkan aku dengan segala keremehan ku..

Tolonglah sedar..
tolonglah cermin diri..
tolonglah..

Yang sebenarnya..kau yang meremehkan aku
Kau mengentengkan segala kataku..
Kau yang meremehkan bukan aku..