14.2.08

Disitu Bukan Tempatku


Serasanya disitu bukan tempatku
Aku bukan temanmu
Mahupun sahabatmu

Kenapa?
Kerana tlah ku robohkankan tembok itu
Memperjuangkan rasa yang tiada guna

Jika kau juga merasakan
Bahawa aku bukan teman mahupun sahabat
Segera nyanyikan padaku
Segera bilangkan ia padaku

Agar nanti senang tuk aku melangkah lalu
Kerna disitu bukan tempatku

**Sorry..I can't be your bestfriend..

Sekiranya

Sekiranya memang tiada rasa ditempat itu
Lepaskan rasa dengan segera
Lepaskan rasa agar nanti kau dapat melihat rasa itu ketawa
Ketawa kerna telah lolos dari jajahan itu
Lepaskan...Lepaskan
dan
Lepaskan
Terima Kasih

Yang Bertakhta Akhirnya

Kita tak lagi sehaluan
Bukan sebagai yang diimpikan
Rupanya di saat-saat yang genting ini
Terjawab jua persoalan

Dan kita terpaksa memilih
Jalan yang telah ditentukan
Dan kita sama-sama dewasa menghadapinya

Kesan cinta membakar, menghempas, mencabar
Keteguhan hati dalam nostalgia
Cinta membakar, menghempas, mencabar
Dan harus ditelan walaupun pahit

Tidaklah kita yang berkata
Cinta tak mesti bersatu
Apa benarkah itu
Atau kata-kata yang tak bermakna

Dan mereka jua berkata
Tiada yang lebih pedih
Tiada yang lebih menyiksa
Dari cinta yang tak sampai

Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyuluh dalam kegelapan
Dan akhirnya cinta jua yang bertakhta
Menyatukan kita dari terpisah
Oleh cinta palsu

Credit to: M.Nasir

Sebuah Permintaan..


Bismillah..

Jiwa jiwaku terus berkaca
Retak retaknya hanya menanti masa
Luka luka terus bernanar dalam jiwa
Entah kenapa aku masih setia?

Jiwa terikat pada suatu yang terlerai
Rasa berselirat pada suatu yang tersimpul
Luka bernanah walau ia seakan sembuh
Entah kenapa aku masih tersiksa?

Bertahun sudah cuba ku lari
Berlari lari dan terus berlari

Berkurun lama cuba ku bersembunyi
Bersembunyi dan terus bersembunyi

Namun tanpa sedar
Rupanya aku masih disini
Setelah sekian lama rasanya..
Memperjuangkan segudang rasa yang tiada akhirnya

Tuhan..
Aku sujud memohon..meminta dan merayu
Buatkanlah aku lupa pada nya
Buatkanlah aku benci pada nya
Untuk sebuah akhiran yang membahagiakan..mungkin

Aku ingin menjadi seperti mereka
Lupa dan tak akan kembali
Pada dia yang hanya memahat kata-kata semanis madu
Pada dia yang kononnya menyanyikan bait-bait nafsu
Pada dia yang sebenarnya tiada gunanya pada aku..

Amin

13.2.08

Tanpa Tajuk


Antara kau dan aku
Kita sekadar hubungan yang fungsional daripada empatetik
Kita berhubungan namun berkongsi masalah tidak
Kerana hubungan itu adalah rahsia

Antara kau dan aku
Pada zahirnya kita bersuara
Akan tetapi apa yang kita mahu suarakan
Sebenarnya tidak kedengaran kerana
Suara itu adalah suara-suara yang tak terungkap
Suara itu adalah rahsia

Antara kau dan aku
Kita seakan akrab
Kita seakan rapat
Namun akrab dan rapat itu hanyalah dongengan semata
Kerana akrab dan rapat itu sebenarnya
menjarakkan kita jauh nun kehujung sana

Antara kau dan aku
Seakan bahagia..seakan gumbira
Gelak ketawa yang bersulam gila
Ketawa yang berlapikkan hiba
Hiba yang berwarna
Warna yang kononnya ceria
Ceria namun kelabu dihujungnya

Antara kau dan aku
Aku bawa kepadamu segudang harapan
Namun mentah-mentah kau buang ia ketepian
Tanpa mengerling tanpa ihsan

Antara kau dan aku
Kita amat berbeza
Kau pelita yang konon tiada bumbunya
Tiadalah kau bernyala
Namun pelahan-lahan kau membara
Membakar jiwa sehingga mati sebuah rasa

12.2.08

Persahabatan

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

11.2.08

Justru Hanya Ini..

My Dearie:

You can kept your secret from me
But please
Don't lie to me

You can have a girlfriend
But please
Don't say no I don't have

You can say anything with me
But please
Don't say something that the sweet talker always said

You can treat me with your own way
But please
Don't treat me like a fool

You can ask everything from me
But please
Don't forget to say thanks (just for appreciation)

You can go everywhere
But please
Forget me not

My Dearie..

You can do everything that you like
But please
Bare in your mind..I don't ask to much

p/s: Its ok if its not for me but do it for our friendship..please..

- xoxo -
Me

10.2.08

Aku..Scandal Yang Punya Rasa Itu

Pada malam minggu..
Ditengah malam hening
Di sebuah rumah yang tak berpenghuni

Di atas gebar itu
Pergolakkan rasa berlaku
Rakusnya rentapan
Hingga lupa akan sempadan

Kita..
Kulit kita saling bergeselan

Kita..
Peluh kita saling bercampuran

Kita..
Nafsu kita saling berbauran
Namun rasa kita itu tiada langsung

Antara kita tak akan punya rasa itu
Engkau tidak pernah mencintai ku
Aku..biarlah aku sahaja yang tahu

Aku pernah coba untuk menahan rasa itu
Memohon sujud agar nafsu tidak menjadi rasa itu
Namun aku khilaf dari landasan jajahan itu
Nafsu kini bertukar menjadi rasa..

Aku tahu
Untuk sebarang kemungkinan
Tak akan engkau ada rasa itu
Tak akan engkau kejar diri ku
Tak akan engkau mencintai ku
Tak akan engkau meratapi perginya aku
Tak akan engkau terkesima melihat aku melangkah lalu
Tak akan..

Namun tetapi aku sedar
Akhir nanti aku akan tersungkur layu
Tersentap melihat kau mengejar dia
Termanggu melihat kau cinta sama dia
Terdiam meratap rasa itu
Terkesima melihat kau pegang erat tangannya
Terjelepuk mengenang sebuah rasa yang sia-sia

Akhir nanti
Apa yang aku dapat hanyalah
Melihat kau dari jauh..
Membayangkan rasa itu
Mengelamun kau disisi ku
Menyorok rasa luka hati ku
Melayan angan-angan yang sekadar angan-angan

Dan yang pasti..aku akan pergi lagi
Pergi menyorok diri dari malu
Pergi menyorok diri dari kamu
Pergi menyorok diri dari rasa itu

Tetapi nafsu ku akan tetap terus berlegar meneman kamu
Disuatu malam yang engkau kepingin pelukku di dalam tidur mu..

Aku..hanyalah sekadar
Skandal yang punya rasa itu..

Terima Kasih untuk sedikit nafsu itu
Terima Kasih kerna pelukan erat itu
Terima Kasih kerna ciuman itu
Terima Kasih kerna kehangatan itu
Terima Kasih kerna keghairahan itu
Terima Kasih kerna semua itu

dan apa yang aku tahu..
Aku..Skandal yang punya rasa itu

dan engkau nanti
Tiada lagi mencari aku
Tiada lagi perlukan aku
Tiada lagi aku..dalam hari-harimu

**relationship is so hard to define when you are in the wrong track..love cannot change if the status is undecideable

4.2.08

Cinta 25 December

1

Ada apa dengan bulan Disember?
Kenapa bulan itu yang menjadi perbualan hangat kita berdua?

Yang aku tahu
Bulan itu sonata meliputi salju
Bulan itu sejuk menyusuk kalbu
Bulan itu akan muncul tahun baru

Namun jawap kamu..
Itulah bulan dimana dua jiwa menjadi satu rasa

Tanggal 25 pada bulan Disember itu
Kau buat aku terpingga-pingga seketika
Terkunci seribu bahasa

Sejujurnya tak pernah ku duga
Kau mahu kita bersatu jiwa

Kenapa?
Kau dan aku berbeza kehendaknya
Kau dan aku berlainan keperluannya

Kenapa aku bertanya?
Kerna dulu kau kejar dia
Kerna dulu kau sayang dia
Kerna dulu kau obses tentang dia
Kerna dulu kau puja dia
Kerna dulu kau gila kan dia
Kerna dulu..segala-galanya adalah dia

Kerna dahulu..aku tak pernah menduga mahupun merasa
Dalam jiwa kamu itu ada rasa untuk aku yang tak bergelar siapa

Apa yang aku ingat..
Tiada anggukkan mahupun gelengan
Tiada iya mahupun tidak
Aku depangkan hati
Merelakan jiwa
Untuk merasa cinta dari jiwa kamu

Kau janji hanyalah aku dalam jiwa itu
Kau janji hanyalah aku dalam perhatianmu itu
Kau janji hanyalah aku
Hanyalah aku
Hanyalah aku
Hanyalah aku
Segala-galanya aku
Aku gembira..

2

Saat demi saat berdetik
Minit demi minit pergi
Hari demi hari kita susuri
Bulan demi bulan kita lalui

Patutnya cinta kita makin kuat
Tapi entah mengapa..dimana silapnya

Cinta kita makin hambar
Cinta kita makin pudar
Cinta kita makin hilang
Cinta kita makin dingin
Cinta kita makin kaku

Cinta kita bagai telur di ujung tanduk
Cinta kita bagai retak menanti belah

Aku kaget..
Aku kaku..
Aku keliru..
Kenapa kau bersikap begitu

Aku cuba menarik perhatianmu
Aku cuba memperbetulkan kesilapanku
Aku menampal keretakkan itu
Namun kau masih diam membisu
Tiada kata putus dari mu
Kau biar aku dengan keputusanku

Setelah seketika itu
Walau aku terasa ingin kembali
Walau aku merayu untuk bersamamu lagi
Walau aku menunggu hingga aku mati
Kau tetap tidak mahukan aku lagi
Kau tetap tidak meneruskan rasa jiwa itu lagi

3

Setelah bulan itu
Hingga kini..aku masih menanti
Hingga kini..aku masih merasa
Hingga kini..aku masih mencoba
Hingga kini..aku masih belum penat
Hingga kini..aku masih belum merasa lelah

Cinta 25 Disember itu masih kuat dalam jiwa

**sepengalaman yang membuat manusia itu kuat dan tak pernah putus asa untuk mengejar sebuah rasa yang diri sendiri tak pasti akan kesudahannya

Rajuk Semusim

Rajukmu
semusim lalu
masih segar dimindaku
tika tuturku menyalahi tingak laku

Rajukmu
tidak aku hiraukan
kerana minda ingatan
hanya teringatkan erti persahabatan

Rajukmu
berakhir sudah
tika aku nyatakan
pinta maafku terhadap dirimu

Namun menggusarkan
bila ku tanya sebab rajukmu
kau menjawab soalanku
lantaran cintaku tiada padamu
sedang cintamu berputik padaku
dan kini kau menerimaku
sedang aku masih kelu
mencari sesuatu
salahkah aku???

credit to:akhi masrawi

Penantian Si Pencari Rusuk

Suatu malam disebuah daerah kontang
Langit luas terbentang
Malam tanpa bintang
Tiba-tiba datang tetamu yang tak diundang
Dewi menongkah cahaya malam benderang
Meneman bual di malam yang suram

Tanya dewi
Wahai pencari..
Apa yang kau cari?
Apa yang kau cuba curi?

Jawab Si pencari..
Aku mencari sebahagian diri
Sebahagian diri yang belum pernah ku temui
Terasa lopong hati kehidupan ini

Tanya dewi lagi
Apa yang kau cari?
Adakah pasti sebahagian diri yang hilang itu ada disini?
Tidakkah kau lelah dengan pencarian ini?

Wahai dewi..
Kenapa perlu aku untuk penat hanya kerana mencari diri
Kenapa perlu aku untuk lelah dek kerana pencarian ini?
Kenapa perlu aku sangsi jika dia ada disini

Seraya dewi geli hati
Gelak tanpa henti
Wahai si pencari jika kau tiada sangsi
Kenapa hingga kini kau masih meratapi?
Kenapa hingga kini kau masih belum merasa kehangatan diri

Hey dewi
Aku akan tetap disini
Gelaklah engkau sepuas hati
Cacilah engkau sampai mati
Kerana aku tak akan pergi
Aku akan terus disetia disini
Menanti sebahagian diri yang masih bersembunyi
Aku yakin pada nikmat yang akan muncul dinihari

Sang pencipta menyeruku untuk setia
Aku tak akan pernah gila
Aku tak akan pernah kecewa
Untuk memburu sebahagian diri yang masih bertapa
Untuk ketemu sebahagian diri yang masih malu bertentang mata

Aku adalah si pencari rusuk itu
Rusuk yang akan melengkapi lopong kehidupanku
Rusuk yang akan menyokong belakangku
Rusuk yang akan terus memegangku
Rusuk yang akan tetap bersama hingga matiku

Wahai pencari
Jika rusuk itu tercalar hujungnya
Apa kau akan tetap teguh menerimanya?

Wahai pencari
Jika rusuk itu hitam warnanya
Adakah kau akan memutihkan ia?

Wahai pencari
Jika rusuk itu rapuh kekuatannya
Adakah engkau akan menyokongnya?

Dewi..aku sendiri tidak sempurna makhluknya
Kenapa perlu aku tinggalkan ia
Jika sudah diperkenankan oleh-Nya
Rusuk itu nanti adalah serikandi
Rusuk itu nanti adalah si Rubi
Rusuk itu nanti adalah permata hati
Kenapa perlu aku tolak nikmat rezeki?
Melepas rugi kehidupan yang hakiki..

Aku tetap akan menanti dan terus mencari
Sebahagian lopong di dalam diri
Rusuk itu adalah perutusan dari Yang Esa
Untuk saling melengkapi sebuah kehidupan mereka adam dan hawa