30.9.09

Jangan!

Jangan!
Tuna kan hati
Dalam tin sempit
Gelap menghimpit-himpit
Berdenting sendirian
Membusuk hamis

Tolong!
Kemari dan buka tin
Biar aku duduk ditepi
Lentok ke bahu
Genggam jari sepuluh
Melepas tidak sekali

Tolong!
Keluarkan
Lepaskan
Aku berterbangan
Namun jangan biar ia lolos bersama angin
Nanti terngadah ke dinding
Remuk ditepi

Nanti..
Buka pun tiada guna lagi
Hati tepu mati
MATI!!

Simpang Tiga

Jalan lurus itu punya 3 susur
Satu kanan lalunya
Kedua kira perginya
Tiga terus sahaja

Mana satu agaknya
Yang perlu dituju
Keliru

Mungkin yang satu
Atau yang kedua itu
Atau terus berlalu

Serabut aku!
Ta' tahu jalan yang mana satu
Jalan dulu penuh liku yang berbiku
Mungkin ku pilih satu antara tiga itu
Atau mungkin redah sahaja begitu

Biar waktu mencorak langkah kaki yang kaku
Keliru kehendak tuju
Ntahla ta' tahu!

Tapi aku tahu
Bahagiaku ada tunggu disitu
Jalan yang mana satu


Jom mari serbu!

Teringin

Ingin
Jadi seperti masa
Dua puluh empat jam depan mata
Enam puluh saat memeluk raga
Makin erat setiap ia berdetak berdetik
Ta' pernah renggang walau seminit

Teringin.


Ketawa

Kira-kira
Setiap masa ketawa itu ada
Hilai dengan penuh tawa

Namun ketawa itu seakan kecewa
Irama ta' semerdu rima
Bait ta' seindah kata

Lama
Ketawa ini hanya sekadar visual
Tapi ta' cukup perasa
Kerna hati sedang berdusta
Kononnya gembira

Sebenarnya
Itu semua pura-pura sahaja
Mata sering berkaca
Cuma retak dalam nada

Seakan lupa
Ketawa yang gembira
Kerna t'lah lama
Ta' ketawa seasyiknya.

Aku mahu ketawa..
Tapi bagaimana?
Lupa.

Rindu.

Rindu
Biar terus-terus disitu
Menjadi tugu
Kapan-kapan kau kesitu
Itulah hasrat ku
Tataplah tanpa jemu
Walau senja bertamu

Rinduku
Lepaskanlah!
Jangan ikat langkah kakiku
Biar maju
Dan berlalu..

29.9.09

Konklusi

Larianku makin lelah
Permulaannya t'lah jauh
Jauh bertahun-tahun
Tapak sepatu patutnya haus
Namun sikitpun macam ta' terhakis

Keringat ta' pernah lenjun di belakang badan
Namun penat bagai jogaton
Redah segala bukit bukau
Daki seluruh gunung ganang
Renangi setiap susur sungai
Menyelinap ke segenap alam

Walau sampai aku ke puncak
Puas ku tinjau
Penat tangan menadah perit sang api
Namun pengakhirannya ta' pernah muncul walaupun sekali
Kenapa begini?

Pengakhiran seakan sombong diri
Puas kaki berlari
Mencari kunci tuk membuka gari
Tapi ia terus-terus sembunyi
Pengakhiran..kenapa menjauhkan diri?

Jangan biar gari mengikat sepi
Cepat lakukan konklusi.


27.9.09

Tentang Aku (Versi 2009)

Kembali berseloroh tentang aku
Kini versi terbaru
Mungkin..terbaru
Heh! Tapi isinya membasi macam dulu
Berulang kali di pukul di palu
Tetap terus disitu!!

Aku perempuan yang sama
Duduk
Berdiri
Berjalan
Berlari
Sama ritma
Sama laju
Sama pelan

Aku berulang kali
Cintanya disampahkan
Rata-rata lelaki yang punya sama pengenalan
Lelaki yang duduk dalam satu lingkaran
Mereka-mereka yang sama kelebihan
dan mungkin juga sama kelemahan
Heh..ta' ketahuan!!

Walau berkali
Tersadung
Terjatuh
Terngadah
Terhantuk
Terdera
Tapi tetap teguh
Berdiri mendongak langit yang jauh

Aku perempuan yang sering kali
Disambat
Dihambat
Terembat
Disebat
Walau luka makin berkarat
Tapi hati tetap cekal

Cuma satu kebodohan perempuan bernama aku
Tetap dengan anganan tahun dua ribu
Kini sembilan tahun t'lah berlalu
Tetap tersalah laku
Masih ta' tahu menahu
Ulang silap sama yang sama
Heh!! ta' berubah-ubah rupanya.

Aku
Walaupun terus begitu
Egonya tetap jaguh
Menjadi belikat ubat kuat!!

Dahulu kala
Duduk di meja
Berdindingkan papan putih
Dengan seorang bernama role model

Kini
Duduk diatas kerusi yang lebih kurang sama
Tetapi menganjak kehadapan
Berdindingkan anak-anak muda
Yang punya cita impian yang berbeza
Walau belajar benda yang sama

Ini lah aku..
Versi 2009
Walau cinta ta' laku-laku
Tapi gaji ku beribu-ribu
Heh!! Bahagiakah aku?

Dikebumi..lagi

Kematian lalu tiada tahlil
Tiada kenduri memperingati
Mahupun membacakan yasin
Terus-terus dikebumi

Kini..
Setelah dihidupkan kembali
Walau ta' lama mana
Tergamak dimatikan kan lagi
Dikebumi lagi sekali
Eh silap!!
Berkali-kali

Hari ini..sila raikan hari mati
Berkompanglah sambil berzanji
Harap-harap nanti kau pun akan mati
Di panah petir
Merejam tepat kedalam hulu hati

Baru kita kan berpuas hati
Kerna kedua kita t'lah mati
Walau dikebumi nanti
Dalam lahad yang sama ukur sisi
Heh..aku dah ta' peduli!!

Dikebumi..lagi
Lagi
Lagi
Dan lagi

Tunggu!!
Kau pula suatu hari nanti

Pelaku dan Aku

Bintang jatuh berserakan di laman
Langit kelam walau punya bulan
Angin molek berbahasa
Tapi jiwa makin berkaca

Terpisat-pisat memandang awan
Biru tiada lagi idaman
Kelabu menjadi kawan
Ribut menjadi peneman

Malam terus ungu
Merengkot kejang kaku
Peluk erat hati malu
Nangis sekuat mahu

Pentas delapan musim itu
Terus-terus sayu

Pada tanggal satu
Tiada lagi pelaku itu
Beraksi menyanyikan lagu
Senyap membisu

Jalan cerita kisah aku
Tiba-tiba hilang arah tuju
Semalam baru kau peluk ragaku
Hari ini..kau t'lah berlalu
Tinggalkan aku..

Pelaku dan aku
Ta' mungkin akan bersatu
Berlakon di landai nafsu
Walau dipaksa ketemu
Kerna hati sudah tepu

Bertamu mungkin tiada perlu





Terpaksa..jarak

Nikmat mendesak hati tuk lari
Lari terus jangan kembali
Jangan sekali-kali lencong ke kiri
Kalau hati mau menghilangkan diri

Apa arti
Kalau hati dah membasi
Asa macam ta' bererti
Lebih baik kiranya pergi

Terpaksa..menjarakkan hati
Lupa nikmat yang berlingkar dalam diri
Terpaksa berlari..
Lalu pergi
Kerna hati makin membenci!!

Membenci kamu..wahai lelaki
Kerna singgah buat kedua kali
Kau gulingkan hati
Kemudian kau tinggal ia bersepah ditepi

Walau gundah mencengkam hati
Menggigit setiap inci
Terpaksa..jarakkan hati
Sila pergi
JANGAN PERNAH KEMBALI!!


lagi..nanti


19.9.09

Selamat..

Pulang ramadhan ke sisi-Nya
Bertandang Syawal dengan penuh cahaya
Andai ada silap terkasar tutur kata
Mohon diampunkan segala dosa

Burung tiung terbang melata
Hinggap sebentar di tepi kota
Jangan difikir nak seronok sahaja
Keselamatan diri harus peka

Selamat Hari Raya..
Berhati-hati di jalan raya
Maaf atas segala dosa-dosa yang ta' sengaja direka

Ikhlas dari
- Aku -

18.9.09

Ternyata Salah..lagi

Kau pernah suarakan
Aku yang terdalam dalam jiwa
Tiada pernah ada dua
Atau berubah rasa

Setiap hela nafas
Ada aku

Setiap kelip mata
Ada bayangku

Setiap tutur kata
Ada zanji-zanji namaku

Tapi..mengapa?
Kau hilang tiba-tiba
Saat jiwa berbalam suka
Bila cinta memutik cita
Kala aku mula merasa

Indah yang pernah kau sulam
Bahagia yang pernah kau karang
Gembira yang selalu kau lagukan

Terlupa
Terang-terang aku di konda-kondikan
Aku digalahpanjangkan
Heh..aku dipermainkan!

Lupakan aku
Aku ta' berapa nak kisah
Walau sedikit terpinga
Rasa memang ada kecewa

Lupakan aku
Cinta itu ibarat lipgloss hilang rasa
Sama seperti gincu hilang warna
Bedak kompak berbelak colour

Ternyata Salah..lagi
Cukup untuk kali ini
Harap akan tiada lagi
Kau muncul ditepi!




Senang aja..

Kau tanya aku
Apa yang harus kau lakukan
Tuk membuat hati ini tertawan
Bermacam cara telah kau lakonkan
Tapi tiada satu pun yang melekat

Kau soal aku
Apa yang harus kau buktikan
Kenapa banyak sangat yang dipersoalkan?
Heh..malas nak layan!

Senang aja..
Ta' perlu menuntut ilmu
Ta' perlu berabis beribu-ribu
Terbang ke China mencari tok guru
Atau sibuk-sibuk membaca buku

Cukup sekadar
Mencintai aku
Hatimu bercantum dengan hatiku
Jiwa saling bersatu
Kekuranganku adalah kelebihanmu
Kekuranganmu adalah kelebihanku

Jangan cepat mengalah
Jangan berenti mengharap..terus-terus mencintaiku
Walau ada waktu
Aku seakan kaku

Kental berjuang melawan arus
Walau aku punya wang beribu
Tidur atas alas baldu
Bertilamkan salju
Berbantalkan ilmu

Jangan pernah rasa malu
Kerna kau hanya perlu mencintai aku
Bukan benda-benda itu

Hanya aku!

Senang aja..
Cinta aku
Bukan mereka-mereka itu




Jangan paksa
Nanti tersiksa

Jangan terima
Kalau hati ta' suka

Jangan nanti
Kalau takut mati

Sila cari
Tapi biar kena dengan hati

Dedaun Ku Tanya Khabarmu

Disini..
Aku masih berdiri
Aku masih sendiri
Aku masih mencari
Merenung hari-hari sepi

Aku..
Masih menunggu
Masih menanti
Kau datang lagi
Di esok hari

Bila esok
Akan ku coba menghadapi semua ini
Walau masih menanti
Muncul belum lagi pasti

Bilakan ku dapat rembulan dilangit
Adakah ku kuat menahan perit mentari
Aku renung
Aku menung
Aku tenung
Akan ku tanggung
Walau terasa canggung

Wahai jiwa
Dengarlah suara
Apa khabarnya dia
Aku disini masih mengharapkan dia
Apakah aku kan selalu dihatinya

Wahai jiwa
Dengarlah suara
Menyanyi - nyanyi suka
Tapi ta' gembira

Kerna dia tiada




17.9.09

Nanti dulu!!

Jangan ditanya kenapa aku lari
Jangan ditanya mengapa pergi
Jangan ditanya kenapa aku ta' mengerling

Dingin..dingin..dingin
Semua beku disekeliling
Heh..pening!

Bukan aku ta' mahu
Bukan aku jelik dengan kamu
Bukan aku pilih bulu
Bukan aku..bukan aku!!

Jiwa aku belum lagi tahu
Rasa kamu itu
Sikit pun ta' mahu
Merasa, rasa itu

Aku sikit pun ta' cemburu
Bila kamu dicumbu
Bila kamu di gaul
Bila kamu di rangkul
Bukan aku..bukan aku!!

Tolong faham aku!
Bukan aku ta' mahu
Tapi belum boleh tahu
Belum lagi mahu
Bercinta dengan kamu

Wahai lelaki itu
Tolong pergi dari situ
Jangan terus berdiri kaku
Menunggu aku

Bukan aku..bukan aku!!
Kerna tempat aku bukan disitu
Kerna aku belum mahu
Bersatu dengan kamu

Jalanku jauh nun disitu
Ta' terkejar mimpi - mimpi biru

Nanti dulu!!
Sila beri aku waktu
Untuk diri aku
Sila paham..untuk aku..untuk aku
dan bukan untuk kamu

Bisa..

Bisa-bisa aja kau bunuh aku
Sila tusuk selumbar itu
Hunus dalam-dalam sampai ke jantung
Tapi tolong!
Jangan tusuk sampai ke hati
Jika hati mati
Tiada guna tuk mengamati

Ingat..Bukan hati!!

Imaginasi cinta

Sila pejam mata
Hembus nafas ke telinga
Peluk dia
Cium merata
Biar nafsu terus beraja
Sayang pada rasa
Kasih pada raga
Tapi cinta pada siapa?
Apa?!
Cinta pada jiwa?
Mungkin ya..
Mungkin juga itu hanya imaginasi cinta
Yang ta' mungkin menjadi nyata


Bangkit wei!

Bangkit!
Jangan biar otak itu sempit
Membiar jiwa terus-terus terjepit
Halang dari jari digigit

Bangkit!
Jangan biar tersepit
Rasa bagai terkepit
Ta' perlu berjengkit-jengkit

Bangkit!!
Berdiri diatas bukit
Terus-terus menjerit
Luahkan rasa perit

Bangkit!!
Biarkan lelaki itu tercekik
Melolong terpekik
Jiwa sakit dicarik-carik

Bangkit!!
Naik itu rakit
Dayung sampai ke kaki bukit
Agar nanti hilang rasa sakit

Bangkit!!
Berperang seakan perajurit
Untuk membuang semua perit
Hey ingat..jangan biar terus dililit

Bangkit!!
Sila bangkit!!

Kerdilnya aku..

Sejuknya ngilu pagi itu
Aku kuak pintu
Mata terus tertumpu pada langit yang hampir biru
Mata hilang kelabu
Dedaunan hijau warna sendu

Aku hampir lupa
Oh indahnya dunia
Yang telah kutinggal lama
Hanya kerna mengejar cinta
Lemas dalam cita
Terusan diduga
Dengan hati - hati yang buta

Kerdilnya aku
Dalam dunia kamu
Terlalu jauh cinta itu
Bahgia mungkin tiada disitu
Kelam itu aku
Kosong jiwa syahdu

Ku impikan bintang
Namun tersadung di tepian
Ta' pernah lelah
Dengan apa adanya
Kerna nanti aku akan terbang jua

Hari ini
Kulihat mereka-mereka bersatu
Walau hanya separuh
Tetapi teguh

Ku hampir lupa lagi
Indahnya rasa ini
Bersama berlari
Mengejar mimpi

Walau tersadung dan berdiri lagi
Tersedak bau kimiawi
Aku ini kecil sekali
Namun kalah tiada dalam hati
Hanya mati mampu melewati

Aku berani mati!
Untuk bahgia dikemudian hari

Sampai..tua

Jalan aku
Terus kaku
Bila kau menolak aku
Tiada sempat aku seru

Langit biru pengin meneduhi aku
Dedaunan teringin menyapa aku
Mentari merah mahu menerangi aku
Kenapa tidak kamu?

Aku hanya lalu
Semua mata menuju aku
Siul nakal memanggil aku
Semua mahu kan aku
Mengapa tidak kamu?

Biar nanti sedar
Betapa rugi kamu
Apa rasa aku
Mereka bukan mahukan kamu
Mereka hanya memuja kamu
Mereka hanya menjulang kamu

Biar nanti sedar
Di esok hari
Kamu mungkin tiada lagi
Bersama perempuan - perempuan yang kau lagakan pipi
Menari - nari

Aku tetap disini
Menunggu
Menanti
Mengharap
Tetapi mengapa kamu ta' pernah mahu kan aku

Tololnya aku!!
Bodohnya aku!!
Terang-terang dia ta' mahukan kamu
Apalagi sila lah berlalu

Hey! aku perempuan tegar
Bukan mudah mengalah
Degil super dewa!!!

Aku tetap akan tunggu..
Biar nanti sedar
Hanya aku yang tulus mencintai kamu!!!
Walau tika itu kau sudah tua..
Aku pula anak dara tua!!

Mari-mari cantum jiwa
Menemani hari tua
Kala siang bertukar senja
Umur tiada lagi muda

16.9.09

Biar sepi

Hela ku pada purnama
Risikku pada jiwa
Tanyaku pada raga
Dimana dia?

Hilang..tiba-tiba
Kemana?
Pulangkan
Kembalikan
Dia dalam pelukan

Tanpa dia
Malam-malam menyelimuti
Sepi menusuk sampai ke hati
Menggigil pedih mati

Malam jangan biar muncul terang
Biar kelam menemani telantang
Bagai aku sorang-sorang
Mengira bintang

Biar sepi
Jika dia ta'kan kembali



15.9.09

Andai..

Tuhan
Andai aku ta' dapat
Apa yang dihajat
Tolong padam segala nikmat
Tinggalkan semua kesumat
Berikan aku tekad
Agar nanti aku kuat
Melawan deras yang maha hebat
Terdera sendiri disambat

14.9.09

Merci Beaucoup

Terima kasih Tuhan
Kerna menjodohkan mereka
Abah dan emak
Ibarat tulang rusuk kami semua
Menyokong tanpa pernah rasa kecewa
Walau kami sering membuat rencana

Terima kasih Tuhan
Kerna menghadiahkan mereka
Abah dan emak
Ibarat sayap-sayap yang sering terbang bersama
Tiada pernah jemu mahupun terluka
Walau kami keras kepala

Terima kasih Tuhan
Kerna memberi kami cahaya
Pada kami-kami yang malap perjalannya
Abah dan emak ibarat lilin yang tiada pernah padam nyala
Setia menerangi anak-anaknya


Terima kasih Tuhan
Kerna memberi kami lebihan masa
Untuk terus-terus hidup bersama
Membahagiakan mereka dihari-hari tua

Terima kasih Tuhan
Untuk segala bahagia
Abah dan emak
Ibarat palung penuh gembira

Selusing doa cuma
Kau jadikanlah mereka tetamu disyurga
Kerna mereka berdua tiada pernah berkira
Walau sering dihambat luka
Tetapi masih tegar tersenyum penuh suka

Abah dan emak
Kami sayang kalian berdua
Tiada pernah terbayang jika hidup tanpa kalian didepan mata
Maafkan kami untuk segala duka

Sekali lagi
Kami sayang kalian berdua
Terus-terus restui kami untuk sekalung cita
Dan bahagia dihari senja


11.9.09

Lepas..jangan!!!

Rangkul aku erat
Jangan lepas
Biar kita rapat
Jangan sampai lemas

Aku
Ta' pernah lagi ketawa
Mahupun merasa gembira
Apatah lagi suka
Malah ta' dapat merasa
Bila kau tiada

Rela disambat luka
Andai terpaksa kejang-kejang melutut
Mengharap kembali sirna
Yang hilang meninggalkan takut

Izinkan aku mengharap kau tuk kembali
Kembali berdua lagi

Lepas..jangan!!!
Kerna aku tiada kukuh
Tanpa kau walaupun semalaman

Rayu aku
Berikan peluang sekali lagi
Buka pintu hati
Kita perbetul kekhilafan sendiri

Jangan pernah lepaskan
Kerna aku masih mengharapkanmu

10.9.09

Benar..tapi

Kata bapak benar
Yang ta' didapat
Adalah nikmat yang paling padat

Tapi
Kenapa perlu rasa tersekat?
Kenapa masih teringat-ingat?
Kenapa terasa sangat dekat?

Adakah aku melawan yang hakikat?
Ta' dapat menerima pendapat?
Atau merasa diri super hebat?

Aku coba tuk bernikmat
Tapi kenapa tersekat-sekat?

Aku terima yang ta' didapat
Tapi kenapa makin merapat?

Andai nanti aku terjerat
Biarkan ia berselirat
Sendirian sesat
Jangan diberi obat!

8.9.09

1 Monolog

Rindu.
Sendu.
Pilu.
Terbuku.
Kaku.

Arah laluan berkecamuk
Angin lalu bertumbuk-tumbuk
Aku bagaikan terduduk
Bila kamu merajuk

Rindu
Kamu
Tapi kau berubah laku
Ta' seperti dahulu-dahulu

Keliru
Aku
Kerna kamu bukan kamu
Bukan yang pernah ku kenal malam itu

Rasa
Aku
Ini bukan kamu yang dulu
Lain benar riak gayamu

Tanya
Aku
Kenapa tiba-tiba berubah tuju
Sedangkan tiada taufan yang lalu

Kenapa
Kamu
Berselindung dibalik tabir ungu
Sedangkan aku larut dalam pelukmu

Mengapa
Kamu
Bermain wayang yang bertema sendu
Berlakon kononnya hero itu kamu

Kenapa
Kamu
Berselindung dibalik boneka itu
Yang memakai topeng palsu

Adakah
Aku
Tertipu
Dengan dongengan palsu

Aku
Keliru
Mencari-cari kamu
Yang mana satu antara dua makhluk itu

Kenapa
Berubah laku
Tika
Aku mula terpaku

Kamu
Tahu
Aku rindu kamu yang dulu
Bukan kamu yang itu

Andai
Kamu
Tiada mahu
Tuk berubah seperti dahulu
Akan tiada aku merindui kamu yang itu

Kerna
Aku
Hanya rindu
Pada kamu yang dulu

Rindu
Kamu
Yang dulu

Aku
Rindu
Kamu

Jadilah seperti dahulu
Kembali indah seperti malam-malam penuh rindu





Kamu
Yang Dulu

4.9.09

Asaku

Andai perempuan itu dijadikan untuk menyesakkan
Tuhan ta' perlu menciptanya dari rusuk mu

Andai perempuan itu meremehkan
Mengapa dia dijadikan sebahagian kamu

Andai perempuan itu menyusahkan
Kenapa kau tak bisa berdiri sahaja disitu

Andai perempuan itu melemahkan
Kenapa lelaki - lelaki perlukan mereka tuk menjadi ibu

Andai perempuan itu tak diperlukan
Kenapa perlu ada pujuk rayu

Andai nafsunya lebih dari satu
Tapi dia tetap teguh dengan kamu

Tetapi kamu yang berakal satu itu
Ta' pernah cukup malah pengin bermadu

Asaku sama sahaja
Tak banyak tapi perlu

Jadikan aku sebahagian hidupmu
Hargai aku
Sayangkan aku
Cintai cinta itu
Jangan mengentengkan aku
Pegang teguh janji nan satu
Anggap aku palung yang penuh ilmu

Hanya itu yang ku mau
Ta' banyak tapi perlu




Tetapi adakah akan dapat?

Nampak kelibat
Terasa dilihat
Semacam dekat
Tapi kenapa tercegat?

Langkah seakan tersekat
Mengapa tiada satu pun ayat?

Terus-terus berhasrat
Andai nanti merapat
Kita akan berkongsi nikmat

Lerai segala kesumat
Mari kita buat dengan berhemat
Gali sedalam cermat
Pandang amat-amat

Mengharap tiada lagi yang tersiat
Luka t'lah terkesat
Kata tiada lagi hasad
Tuju jalan yang tepat

Dan lupa akan nikmat yang dulu tersumbat
Kambus hasrat yang tersesat
Tiada lagi penat
Hurai segala yang berselirat

Tetapi adakah akan dapat?

Merdekakah, aku..kamu?

Segenap roman - roman menari
Angkut semua anak bini
Meraikan hari-hari jadi
Puas hati.

Laung merdeka 3 kali
Tika malam bersambung dinihari
Seakan membangkit jati diri
Tapi adakah berbaki?

Tuk bekalan esok-esok hari
Kekuatan yang kononnya hakiki
Teguh pada ideologi
Tapi diri sendiri ta' mengerti

Cuba berdiri
Cermin diri
Kaji
Dan fahami
Tanya berkali-kali

Merdekakah, diri?
Andai tidak pasti
Sila sekolahkan diri sendiri sekali lagi.

Merdeka bukan hanya untuk negara ini
Tapi untuk diri yang terpesong ke haluan kiri
Yang mementingkan diri

Sila fikir sekali lagi.