3.12.07

Mencari Pelangi

Katanya..aku mencari pelangi
Tanya ku..kenapa perlu mencari pelangi?
Adakah hidup sudah tidak lagi bererti..

Dia bilang,
Hidup penuh pancaroba
Bergolak tidak tentu hala
Kini..indah malam hanya dek neon yang menyala
Namun..menyala tanpa sekelumit rasa

Aku kata,
Kadang kala yang bergolak itu adalah warna
Lebih indah dari kerdipan neon yang menyala
Kerana pancaroba itu penuh rasa
Warna yang zahirnya menyakitkan jiwa
Tetapi hakikatnya memberi 1001 kerinduan
Rasa yang mengajar erti kedewasaan

Kenapa perlu mencari pelangi
Sedangkan kita tahu hadirnya hanyalah sekali
Bila ia datang pasti akan pergi
Dan tidak pernah kita ketahui bila ia akan kembali
Pesanku padanya..
Lupakanlah pelangi carilah mentari
Kerana walaupun ia pergi tetapi
Kita tahu bila ia akan kembali...

-Aku (18 Jun 2007, 1am)

0 comments: