Aku..
Siapakah aku?
Terdiam..Terkaku..Keliru
Entah..kadang kala aku sendiri tidak pasti siapa aku
Sesaat aku seakan kenal siapa aku
Aku arif akan kelemahanku
Tetapi kurang pasti akan kelebihanku
Aku..
Sarat dengan kemewahan
Kadang kala penuh tawa
Jarang-jarang merasa kepayahan
Tapi aku selalu terasa kosong..hiba..kecewa
Kuasa dihujung jariku
Aku mahu itu..aku mahu ini
Dengan gah aku kata aku pasti mampu memilikinya
Tetapi aku terkekang dari kemahuan jiwa
Hanya nafsu mengaburi bahagia
Namun jiwa kosong tiada rasa
Kerna kuasaku tak mampu menembusi tembok kebal jiwa itu
Aku..adalah kegagalan
Kegagalan dalam mengejar sebuah bahagia
Siapakah aku?
Aku adalah manusia yang masyhur dengan kelemahan
Kelemahan yang sering diperjudikan
Kelemahan yang sering disenjatakan
Kelemahan yang akhirnya membunuh sebuah perjalanan
Aku..
Aku adalah manusia itu
Manusia yang tewas dalam perang jiwa
Manusia yang tamak
Manusia yang mementing diri sendiri
Manusia yang ego
Manusia yang keras kepala
Manusia yang tiada rasa itu
Manusia yang gagal..
13.1.08
Aku II
Copyright 2008 © -Aku- at 2:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment