22.1.08

Repekkan Seorang Gila

1..2..3

Emm..apa lagi?!
Tak habis-habis
Tak sudah-sudah
Tak reti-reti
Arghhh...aku benci!!!

Kenapa aku masih disini?
Orang lain dah mulakan hidup yang baru
Aku..aku masih tetap disini..
Setia pada laut yang tak pernah berombak
Laut yang tak pernah menjawab
Laut yang tak pernah menghargai aku

Sebenarnya aku dah penat
Aku dah bosan
Aku dah mula melepaskan tangan
Aku dah mula mengubah posisi pandangan
Aku dah tak tertahan

Kenapa?
Kau tanya aku kenapa?
Bosan kerna kau
Mula melepaskan tangan kerna kau
Mula mengubah posisi pandangan kerna kau
Tak tertahan kerna kau

Dahulu kau pernah pergi tapi tuhan temukan kita kembali
Dahulu aku pernah lari tapi tuhan seru ku untuk kembali
Kenapa?
Semuanya kerana kau..
Entahla..
Kadang-kadang penat akal ni nak berfikir..
Kau ni makhluk planet mana ye?

Kau amat complicated
Benda yang simple pun sukar untuk kau jawab
Kau..emmm unpredictable
Sekejap begitu..sekejap begini
Sekejap kau buat aku suka..sekejap nanti kau buat aku berduka
Entahla..

Pernahkah kau rasa apa yang aku rasa?
Rasa suka pada makhluk tuhan tapi makhluk itu buat tak reti?
Pada dasar kau seperti suka tapi pada zahirnya
Kau tak mahukan apa yang aku mahukan
Kau tak mahu
Kau tak mahu
Tapi kenapa?
Gila!!

Ye..aku memang gila
Gila akan kau
Gila bukan kerana sakit jiwa
Tapi gila kerana rasa sayang yang meluap-luap dalam jiwa
Gila kerana rasa cinta yang membuak-buak..memuntahkan segala rasa

Benarkah kau tak pernah suka kan aku?
Benarkah kau tak rasa apa yang aku rasa?
Benarkah kau tak rasa getaran itu?
Benarkah kau tak rasa..rasa yang aku mau?
Benarkah sampai mati peluang itu tidak ada untukku?

Senyap..seperti biasa
Tapi kenapa aku tetap rasa yang kau juga punya rasa yang sama
Sama seperti apa yang aku rasa
Walaupun dah berjuta kali kau bilang "ye..aku tak punya rasa itu"
Sekiranya benar apa yang ku rasakan ini
Katakanlah saja..
Luahkanlah ia..

Aku tak kan kata apa-apa
Aku tak kan mentertawakanmu
Tapi sekiranya kau rasa apa yang kurasa
Aku akan sentiasa disini
Aku tak kan pergi
Kerna aku yakin Tuhan tak akan mempermainkan aku

Inilah repekkan aku..
Repekkan seorang gila

0 comments: