10.1.08

Mati..Kerana rasa itu hanya sia-sia

Dahulu..bila hati mula suka
Dia tak pernah tanya mengapa
Mengapa hati terasa ingin dikongsi bersama
Kini..pabila rasa sudah tiada
Hati meronta-ronta..berteriakan bertanyakan mengapa
Jawap hati sendiri kerana
Ia sudah mati
Kerana rasa itu hanya sia-sia
Dahulu..akal tidak pernah tidak pernah berdusta
Mungkin kerana hati mula suka
Merembeskan rasa yang gembira
Kini..pabila rasa sudah tiada
Buah akal mula bernista
Mengapa?
Jawap akal sama seperti hati kerana
Ia sudah mati
Kerana rasa itu hanya sia-sia
Tetapi kenapa semua itu mati?
Ia mati kerana direjam oleh rasa hasad dengki
Rasa mereka yang busuk hati
Mereka adalah anasir yang zahirnya bagaikan bidadari
Marah? Benci? Geram?
Arghh..rasa itu sudah tiada rasa
mengapa?
Kerana ia sudah mati
Kerna rasa itu hanya sia-sia
Rasa itu hanya sia-sia
sia-sia

0 comments: