13.8.09

Nota Hati..

Kucapai pena biru
Sekalian dengan buku hitam itu
Aku selak satu persatu
Mencari helaian kosong
Kala itu hujan gerimis
Angin berdesah dan mendesah

Aku jumpa ruangan kosong
Lalu aku mulakan omong-omongan
Aku tulis satu persatu
Tiada yang tertinggal
Apa yang tersemat
Dengan hemat

Oh, Iskandar!!
Aku cinta padamu
Sungguh..aku tak tipu
Ini rasa sebenar aku
Yang tersorok jauh dalam jiwaku

Nota ini ku karang
Kala semesta lenjun dibasahi gerimis
Bintang sayup-sayup di balik awangan
Pari-pari berterbangan
Seakan bercinta dan berkasih-kasihan
Wahai, kamu!!
Jadikanlah aku suri hidupmu

Selusin doa ku panjatkan
Bergulung harap ku luahkan
Bersujud sembah semalaman
Oh, Tuhan!!
Tolonglah perkenankan..

Tunjukkanlah jalan
Agar dapat nanti berpimpin tangan
Melangkah di atas altar kebahagiaan
Yang penuh kelopak-kelopak keseronokkan

Sedari dulu, aku tahu kau tahu:
Tiada lebih buruk
Atau pun lebih baik
Hodoh atau molek
Dari mereka-mereka yang lain
Kerana kamu sudah memadai

Wahai, lelaki!!
Ku menginginkan kamu
Tuk menanam benih cinta dalam tamanku
Tuk menjadi wali anak-anakku
Tuk menjadi raja istana itu
Tuk menjadi nakhoda jiwaku
Tuk menemani hidup dan matiku
Tuk membimbing aku ke taman firdaus itu..





0 comments: