Seringkali ku hadiahkan kurniaMu
Dengan dosaku
Seringkali ku balas budi baikMu
Dengan khilafku
Seringkali ku alpa kebijaksanaanMu
Dengan wujudnya tololku
Tiada pernah
Ku sedar
Bahawa segala nikmat yang diberi
Adalah harta tetap yang ku pinjam dari Mu
Tiada pernah
Ku ingat
Bahawa hela nafas yang ku hirup
Adalah harta dari Mu
Aku biar Kau saksikan
Segala kejahatan
Semua kekhilafan
Nikmat kemaksiatan
Betapa jeliknya, aku yang diakali syaitan!
Syukur, alhamdullillah
Kau berikan aku lebihan hayat
Syukur, alhamdullilah
Kau beri aku ruang waktu
Syukur, alhamdullillah
Kerna indahnya hidup
Syukur, alhamdullillah
Ku syukuri segalanya
Terima kasih wahai Al-Mutakkabir
Dengan segala kebesaran
Terima kasihku Ya Ghaffar
Mohon diampunkan segala kesalahan
Kerna Kau selalu ku abaikan
Kerna Kau selalu ku tinggalkan
Kerna ku sering balas segala kesenangan dengan tuba
Al Malik..Al Khaliq
Pimpinlah tangan kotor yang penuh debu
Ke jalan-jalan yang subur dengan nur
Menuju simpang syurgawi
Dengan dosaku
Seringkali ku balas budi baikMu
Dengan khilafku
Seringkali ku alpa kebijaksanaanMu
Dengan wujudnya tololku
Tiada pernah
Ku sedar
Bahawa segala nikmat yang diberi
Adalah harta tetap yang ku pinjam dari Mu
Tiada pernah
Ku ingat
Bahawa hela nafas yang ku hirup
Adalah harta dari Mu
Aku biar Kau saksikan
Segala kejahatan
Semua kekhilafan
Nikmat kemaksiatan
Betapa jeliknya, aku yang diakali syaitan!
Syukur, alhamdullillah
Kau berikan aku lebihan hayat
Syukur, alhamdullilah
Kau beri aku ruang waktu
Syukur, alhamdullillah
Kerna indahnya hidup
Syukur, alhamdullillah
Ku syukuri segalanya
Terima kasih wahai Al-Mutakkabir
Dengan segala kebesaran
Terima kasihku Ya Ghaffar
Mohon diampunkan segala kesalahan
Kerna Kau selalu ku abaikan
Kerna Kau selalu ku tinggalkan
Kerna ku sering balas segala kesenangan dengan tuba
Al Malik..Al Khaliq
Pimpinlah tangan kotor yang penuh debu
Ke jalan-jalan yang subur dengan nur
Menuju simpang syurgawi
0 comments:
Post a Comment