4.9.09

Merdekakah, aku..kamu?

Segenap roman - roman menari
Angkut semua anak bini
Meraikan hari-hari jadi
Puas hati.

Laung merdeka 3 kali
Tika malam bersambung dinihari
Seakan membangkit jati diri
Tapi adakah berbaki?

Tuk bekalan esok-esok hari
Kekuatan yang kononnya hakiki
Teguh pada ideologi
Tapi diri sendiri ta' mengerti

Cuba berdiri
Cermin diri
Kaji
Dan fahami
Tanya berkali-kali

Merdekakah, diri?
Andai tidak pasti
Sila sekolahkan diri sendiri sekali lagi.

Merdeka bukan hanya untuk negara ini
Tapi untuk diri yang terpesong ke haluan kiri
Yang mementingkan diri

Sila fikir sekali lagi.

0 comments: