17.9.09

Nanti dulu!!

Jangan ditanya kenapa aku lari
Jangan ditanya mengapa pergi
Jangan ditanya kenapa aku ta' mengerling

Dingin..dingin..dingin
Semua beku disekeliling
Heh..pening!

Bukan aku ta' mahu
Bukan aku jelik dengan kamu
Bukan aku pilih bulu
Bukan aku..bukan aku!!

Jiwa aku belum lagi tahu
Rasa kamu itu
Sikit pun ta' mahu
Merasa, rasa itu

Aku sikit pun ta' cemburu
Bila kamu dicumbu
Bila kamu di gaul
Bila kamu di rangkul
Bukan aku..bukan aku!!

Tolong faham aku!
Bukan aku ta' mahu
Tapi belum boleh tahu
Belum lagi mahu
Bercinta dengan kamu

Wahai lelaki itu
Tolong pergi dari situ
Jangan terus berdiri kaku
Menunggu aku

Bukan aku..bukan aku!!
Kerna tempat aku bukan disitu
Kerna aku belum mahu
Bersatu dengan kamu

Jalanku jauh nun disitu
Ta' terkejar mimpi - mimpi biru

Nanti dulu!!
Sila beri aku waktu
Untuk diri aku
Sila paham..untuk aku..untuk aku
dan bukan untuk kamu

0 comments: