21.10.09

Lena

Tidur lah tidur
Lena terus dalam rangkus
Kenyang melapah raut
Tiba-tiba bertandang tanya bersahut

Adakah mungkin kau rusuk itu
Yang dicipta untuk melengkapi sokong ku?

Terjaga dari mimpi
Kau bukan lelaki
Yang dipasangkan oleh Maha Bestari

Lenamu bukan untukku
Rangkulku ta' senikmat dahulu
Cintamu ta' sehangat rindu
Siapakah kamu?

Kamu mungkin bukan untukku
Tapi hadir kamu disitu
Berjaya mengkakukan aku

Datang bertamu
Hanya kerna nafsu.
Nafsu
Dan nafsu
Bukan kerna mau hatiku

Ta' pernah tahu
Ta' mungkin jemu
Tapi terus menunggu
Di perhentian itu

Sila nanti jemput aku.

0 comments: