Tuhan
Kau kurniakan aku sebuah persahabatan
Persahabatan yang penuh kebahagiaan
Tuhan
Kau lakarkan untukku sebuah mimpi
mimpi indah yang penuh seri
Tuhan
Kau bina kan kami sebuah jambatan
Jalan untuk kami susuri bersama
Jalan untuk mencari sesuatu yang tersorok dalam hati
Tuhan
Dia kau ciptakan untukku
Dia persis nadiku
Tuhan
Senyum tawanya bagaikan penawar
Bicaranya bagaikan hikmat
Namun tuhan
Kini entah mengapa Kau rentap segala suka
Kau rampas segala bahagia
Kini
Kau berikanku duka
Kau bekalkanku lara
Mengapa?
Namun aku tidak pernah menyalahkanmu Tuhan
Kerana segala yang dikau rentap ini pasti ada hikmah yang menanti..
29.11.07
Tuhan..
Copyright 2008 © -Aku- at 2:36 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment