29.11.07

Seperkara Tentang Kita

Satu ketika dahulu
Kita buka langkah bersama mengejar satu impian yang sama
Bersama mengharungi onak dan duri
Tatkala kau tersungkur kuhulurkan tangan tempat berpaut
Jika ku tersungkur kau tongkatkan kakiku untuk berdiri

Satu ketika dahulu
Hidup kita pernah gelap
Namun bersama kita mencari terang untuk menyinari alam

Satu ketika dahulu
Kita pernah bahagia
Bahagia yang tak pernah dirasai
Walau datang sedih menyelubungi hati
Namun membuatkan duka sentiasa bahagia

Kini...selepas satu ketika dahulu
Seperkara tentang kita
Segalanya bertukar hiba
Walaupun kita berusaha mencari cahaya yang dahulu menyinari segala duka
Namun kegagalan menyelubungi jiwa
Meronta mencari cari
Namun masih gagal ditemui
Kerana malap seluruh hati...

Seperkara tentang kita
Adakah akan ada kita kembali suatu hari nanti?

0 comments: