Sedetik ia pergi
Sesaat ia kembali
Seminit ia menanti
Sehari ia tunggu
Sepurnama ia setia
Sekarang ini
Aku sepatutnya malu
Malu untuk berdiri gagah
Malu untuk bertentangan mata
Malu untuk bersuara
Malu untuk segala-galanya
Kerana
Dahulu aku pernah bersuara
Yang aku suka
Yang aku cinta
Tetapi
Dia bilang
Yang dia tidak suka
Yang dia tak cinta
Aku sepatutnya malu
Kerana dia tak pernah suka
Kerana dia tidak pernah cinta
Tetapi mengapa aku masih disini
Masih dengan rasa ini?
Mengapa?
Kenapa?
Mengapa harus terus bertanya
Sedang jawapan sudah tersedia
Aku sepatutnya malu
Kerana terang-terang dia menolak rasa itu
Kerana terang-terang dia menghalau rasa itu
Aku sepatutnya malu
Bila dia bilang begitu
Kenapa aku masih disitu
Kononnya menunggu kamu
Walhal kamu tak pernah mimpi untuk menungguku
Aku sepatutnya malu
Kerana aku gadis itu
Kerana aku gadis yang menjaja cinta itu
Kerana menjaja rasa itu untuk mendapatkan mu
Aku sepatutnya malu
31.1.08
Aku Sepatutnya Malu
Copyright 2008 © -Aku- at 2:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment