4.2.08

Penantian Si Pencari Rusuk

Suatu malam disebuah daerah kontang
Langit luas terbentang
Malam tanpa bintang
Tiba-tiba datang tetamu yang tak diundang
Dewi menongkah cahaya malam benderang
Meneman bual di malam yang suram

Tanya dewi
Wahai pencari..
Apa yang kau cari?
Apa yang kau cuba curi?

Jawab Si pencari..
Aku mencari sebahagian diri
Sebahagian diri yang belum pernah ku temui
Terasa lopong hati kehidupan ini

Tanya dewi lagi
Apa yang kau cari?
Adakah pasti sebahagian diri yang hilang itu ada disini?
Tidakkah kau lelah dengan pencarian ini?

Wahai dewi..
Kenapa perlu aku untuk penat hanya kerana mencari diri
Kenapa perlu aku untuk lelah dek kerana pencarian ini?
Kenapa perlu aku sangsi jika dia ada disini

Seraya dewi geli hati
Gelak tanpa henti
Wahai si pencari jika kau tiada sangsi
Kenapa hingga kini kau masih meratapi?
Kenapa hingga kini kau masih belum merasa kehangatan diri

Hey dewi
Aku akan tetap disini
Gelaklah engkau sepuas hati
Cacilah engkau sampai mati
Kerana aku tak akan pergi
Aku akan terus disetia disini
Menanti sebahagian diri yang masih bersembunyi
Aku yakin pada nikmat yang akan muncul dinihari

Sang pencipta menyeruku untuk setia
Aku tak akan pernah gila
Aku tak akan pernah kecewa
Untuk memburu sebahagian diri yang masih bertapa
Untuk ketemu sebahagian diri yang masih malu bertentang mata

Aku adalah si pencari rusuk itu
Rusuk yang akan melengkapi lopong kehidupanku
Rusuk yang akan menyokong belakangku
Rusuk yang akan terus memegangku
Rusuk yang akan tetap bersama hingga matiku

Wahai pencari
Jika rusuk itu tercalar hujungnya
Apa kau akan tetap teguh menerimanya?

Wahai pencari
Jika rusuk itu hitam warnanya
Adakah kau akan memutihkan ia?

Wahai pencari
Jika rusuk itu rapuh kekuatannya
Adakah engkau akan menyokongnya?

Dewi..aku sendiri tidak sempurna makhluknya
Kenapa perlu aku tinggalkan ia
Jika sudah diperkenankan oleh-Nya
Rusuk itu nanti adalah serikandi
Rusuk itu nanti adalah si Rubi
Rusuk itu nanti adalah permata hati
Kenapa perlu aku tolak nikmat rezeki?
Melepas rugi kehidupan yang hakiki..

Aku tetap akan menanti dan terus mencari
Sebahagian lopong di dalam diri
Rusuk itu adalah perutusan dari Yang Esa
Untuk saling melengkapi sebuah kehidupan mereka adam dan hawa

0 comments: