31.1.08

Benci Tatkala Tak Mampu Membenci

Benci
Benci
Aku benci..

Kau tahu:
Sebenarnya hati ini meronta-ronta untuk membenci kamu
Setiap detik
Setiap hela nafas
Setiap masa
Aku ingin membenci dirimu

Aku benci kamu
Kerana kamu adalah makhluk itu
Makhluk yang kononnya menggembirakan aku
Gembirakah aku sebenarnya?
Ya..aku sememangnya gembira
Gembiraku bersulamkan duka
Gembiraku berzanjikan hiba
Itulah kegembiraanku

Aku benci kamu
Kenapa? Kau tanya..
Kerana kau mahukan aku
Kerana kau tahu aku begitu menginginkanmu
Namun hakikatnya dirimu tak akan pernah megimpikan diriku untuk bersatu

Aku benci kamu
Kerana kamu adalah makhluk itu
Makhluk yang sering buat aku menangis
Makhluk yang sering buat aku tersepit
Makhluk yang sering buat aku sangsi
Dan yang pasti kamu adalah makhluk itu..makhluk yang sering membuatku merindu

Aku benci kamu
Kerana kau tahu isi hatiku
Kerana kau tahu rentak bahasaku
Kerana kau tahu ritma gayaku
Kerana kau tahu irama tangisku

Aku benci kamu
Kerana engkau persis nafasku
Kerana engkau adalah kekuatanku
Kerana engkau adalah beraniku
Dan kerana engkau jugalah kelemahanku

Benci aku benci
Kerana kau tahu siapa diriku ini
Tuhan..
Maafkan aku..
Aku umatmu yang khilaf
Maafkan aku kerana meminta untuk membenci dia
Tapi entah mengapa Kau enggan memperkenankan doa ku
Tuhan tolong aku tolong
Tolong aku untuk membenci dia

Benci..
Benci..
Benci..
Aku benci tatkala aku tidak mampu membenci..

**what hurt the most is when you like him so much, you know you can't get him and trying to hate him but you can't even you have tried for thousand times..hate when I can't Hate You

0 comments: