29.1.08

Sepasang Mereka Yang Berantakan

Mereka berantakan lagi
Bergaduh lagi mereka
Bergaduh bukan kerana suka
Berantakan bukan kerana duka
Tapi berantakan kerana dia butuhkan perhatianmu
Dia butuhkan kamu

Kerana
Dia adalah seorang penumbra
Seorang penumbra yang
Bermandikan cahaya yang bergemerlapan kelam
Cahaya yang terang benderang suram
Namun ada suatu jajahan yang papa cahaya itu
Tiada cahaya yang bisa memboloskan diri
Cahaya yang gagal menyinari kawasan itu

Lama dia menanti
Terlalu lama dia menunggu
Sehinggakan kawasan itu seakan tidak kenal akan keindahan cahaya itu

Mereka berantakan lagi
Berantakan bukan kerana ketidakpuasan hati
Tetapi berantakan kerana dia butuhkan kamu
Dia terlalu butuhkan kamu
Terlalu..

Pandanglah matanya..
Bukakan lah jiwa Dengarlah gemersik kidungnya..
Depangkan tangan Bukanlah pintu untuk seorang penumbra itu
Sambutlah dia menjadi sebahagian dari jajahan itu
Sepasang mereka yang berantakan
Berantakan bukan kerana benci..bukan kerana duka
Berantakan kerana rasa yang tersembunyi antara dua jiwa
Dua jiwa yang malu untuk bersuara
Malu untuk berzanjikan rasa

Berantakan tak tentu hala; inilah mereka..

Sepasang mereka yang berantakan

0 comments: