Hujan mula rebah diri
Mentari mula bersembunyi
Gunung makin landai tunduk ke bumi
Kau tetap angkuh berdiri
Kau tahu,
Bumi itu makin kerdil
Tetapi kau masih angkuh besar diri
Kau tahu hutan makin nipis
Laun makin kering
Awan makin cerah
Langit makin rendah
Namun
Kau tetap bisa tersenyum penuh tawa
Bagimu kau tiada lawan
Walau kau sedar kau tetap akan kalah
Kau masih tetap tegak berdiri
Memeluk tubuh bagai tiada apa yang terjadi
Walau kau sedar betapa kau rugi
Kau pintas kata bumi
Kau lawan kata sakti
Kau tipu hati sendiri
Perasaanmu sudah tuli dengan bunyi
Tidak kenal bunyi hati
Tak dapat memandang kala cerah
Celik kala gelita
Tapi..
Kau lupa..
Kau lupa bahawa duniamu hilang arah
Pabila arahnya sudah kau buang jauh..
**4.16 am Sunday, January 12, 2003 : Ditulis sejurus pergaduhan besar antara aku dan sahabat baikku kerana dia tipu aku..argghhh!!!
24.1.08
Tentang Seseorang
Copyright 2008 © -Aku- at 11:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment