1..2..3
Aku masih mencari
Aku masih menanti
Puas aku berlari
Namun semakin aku hampiri
Kau pula menyembunyikan diri
Gelap..
Tiada cahaya hanyalah gelita
Kau rentap segala-galanya
Kau bawa ia jauh nun kehujung sana
Terpaksa ku merangkak..meraba
Untuk mencari segala punca
Agar ku mampu mengejarmu semula
Kau tersenyum..
Tapi kenapa?
Tak pernah mengerti akan senyumanmu
Kerana adakalanya senyumanmu itu kosong
Kerana adakalanya ia penuh rahsia
Kerana adakalanya ia seakan tiada rasa
Bingung..
Kerana aku sendiri tak tahu
Semakin aku mendekatimu
Semakin pantas kau memboloskan diri
1..2..3
Adakah kita sudah tiada lagi?
Aku terus menghitung hari
Kerana aku tahu pada suatu hari
Aku akan penat sendiri
Jika munajat itu tidak akan pernah menyerah diri..
24.1.08
Satu..Dua..Tiga
Copyright 2008 © -Aku- at 11:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment