13.2.08

Tanpa Tajuk


Antara kau dan aku
Kita sekadar hubungan yang fungsional daripada empatetik
Kita berhubungan namun berkongsi masalah tidak
Kerana hubungan itu adalah rahsia

Antara kau dan aku
Pada zahirnya kita bersuara
Akan tetapi apa yang kita mahu suarakan
Sebenarnya tidak kedengaran kerana
Suara itu adalah suara-suara yang tak terungkap
Suara itu adalah rahsia

Antara kau dan aku
Kita seakan akrab
Kita seakan rapat
Namun akrab dan rapat itu hanyalah dongengan semata
Kerana akrab dan rapat itu sebenarnya
menjarakkan kita jauh nun kehujung sana

Antara kau dan aku
Seakan bahagia..seakan gumbira
Gelak ketawa yang bersulam gila
Ketawa yang berlapikkan hiba
Hiba yang berwarna
Warna yang kononnya ceria
Ceria namun kelabu dihujungnya

Antara kau dan aku
Aku bawa kepadamu segudang harapan
Namun mentah-mentah kau buang ia ketepian
Tanpa mengerling tanpa ihsan

Antara kau dan aku
Kita amat berbeza
Kau pelita yang konon tiada bumbunya
Tiadalah kau bernyala
Namun pelahan-lahan kau membara
Membakar jiwa sehingga mati sebuah rasa

0 comments: