21.7.08

Hukum Aku untuk sebuah bahagia..


Seakan sama seperti ceritera yang lalu
Aku adalah pesalah yang tidak pernah diberi peluang
Aku bersalah bukan kerna panjang tangan
Aku bersalah bukan kerna menjadi maling
Aku bersalah kerna mempunyai satu harapan..

Sejenak terdiam lantas terkedu
Fikir apa silap aku
Salahkah sekiranya aku perlukan sokongan?
Salahkah aku sekiranya meminta sebuah perhatian?

Malam itu tatkala mereka nyenyak tidur
Aku sepi sekali..
Rasa yang meresahkan
Rasa yang menghibakan
Rasa yang membingungkan
Berputar-putar akal berfikir
Mencari sebab musabab kenapa aku sering dipersalahkan..

Salahkah aku yang kepingin sebuah sokongan?
Salahkah aku yang kepingin sebuah kebahagiaan?
Jika semua itu benar salah
Teruslah menghukum..hukum aku untuk sebuah bahagia..
Kerna aku rela berjuang untuk sebuah bahagia

0 comments: