Bukan sekali
Jiwa perempuan itu direntap
Raga gadis itu diragut
Maruah dara itu dihenyak
Muka isteri itu disepak
Dada betina itu dilapah
Nafsu kekasih itu dikangkangkan
Namun
Hati mereka terus cekal
Tak pernah sesal walau dipojok bebal
Mereka biarkan..
Merewak lebam-lebam di badan
Meretel tulang sengal
Mereyot senyum rewan
Walau ditinggalkan
Atau disepak terajangkan
Mahupun dipersendakan
Mereka tetap tanpa beralih sejengkal
Kononnya
Dek kerana kuat
Mereka terus kebal
Dipukul dahsyat
Heh..persetankan!
Wahai perempuan sekalian
Cepat cergas jangan meranggas
Semua ini hanya membawa mati
Kerna kamu menggali kubur sendiri
Nanti mati seorang serikandi
0 comments:
Post a Comment