3.8.09

Malam itu..

Malam itu
Kita tiada berkata
Tiada bait-bait yang boleh dinyanyikan
Tiada irama yang sedap dilagukan
Malam itu
Bagaikan mati seketika
Bulan tiada cahaya
Bintang tiada kerdipnya
Malam itu
Kita duduk berdua
Diam seribu tanpa bicara
Sedar-sedar kita rupanya datang bersama
Malam itu
Bahu berlaga sesama kita
Tiada ciuman mahu pun pelukan
Hanya genggaman seakan tiada mahu melepaskan
Malam itu
Telah berlalu
Pabila lolongan ayam jantan berteriakan
Kita dikejutkan
Lantas
Dengan perlahan kau bisikkan
Kenapa..
Kau hadir hanya sebagai suatu harapan yang tiada mungkin dapat ku gapai?

0 comments: