27.9.09

Dikebumi..lagi

Kematian lalu tiada tahlil
Tiada kenduri memperingati
Mahupun membacakan yasin
Terus-terus dikebumi

Kini..
Setelah dihidupkan kembali
Walau ta' lama mana
Tergamak dimatikan kan lagi
Dikebumi lagi sekali
Eh silap!!
Berkali-kali

Hari ini..sila raikan hari mati
Berkompanglah sambil berzanji
Harap-harap nanti kau pun akan mati
Di panah petir
Merejam tepat kedalam hulu hati

Baru kita kan berpuas hati
Kerna kedua kita t'lah mati
Walau dikebumi nanti
Dalam lahad yang sama ukur sisi
Heh..aku dah ta' peduli!!

Dikebumi..lagi
Lagi
Lagi
Dan lagi

Tunggu!!
Kau pula suatu hari nanti

0 comments: