Aku bangun pagi
Macam selalu
Macam biasa
Tapi agak telat 5 minit
Entah kenapa hari ini seakan lain?
Lain benar
Berbeza dari kelmarin-kelmarin
Rutin pagi bermula
Aku bersihkan diri
Aku rapikan bilik
Aku pakai baju warna hitam
Aku sarung satu persatu
Selesai..
Kemudian aku berdiri depan cermin
Aku lihat aku
Tiada yang pelik
Tapi masih rasa seakan lain
Aku sisir rambut mengikut kebiasaan
Aku oles bedak kompak rata ke pipi
Aku calit pemerah pipi
Aku pakai gincu bibir
Kemudian pakai wangi-wangi
Namun masih terasa lain
Berbeza dari kelmarin-kelmarin
Bila kaki mula memijak badan bumi
Tiba-tiba semua seakan mati
Segenap alam berhenti
Kotak mata mula merekah
Bila aku mula menyedari
Apa yang berbeza hari ini
Aku mati didalam jasad sendiri
Bagai disiram asid
Tersiat..terbarai..terkulai
Bila aku mula menyedari
Aku ditinggalkan sepi
Bila kau mula berlari
Mengikut haluan kiri
Patutlah berbeza rasa didinihari
Kerana malam itu ku tidur sendiri
Ku rangkul badan ku sunyi
Tiada lagi bunyi-bunyi
Tiada peneman yang bernama suami
Kau pergi..kau lari mengikut betina bernama dewi!!
Persetan kau dewi
Kau rampas lelaki yang ku panggil suami
Aku,,Benci!
Terima Kasih wahai dewi dan suami
Pergilah kamu mati!!